GEORGETOWN: Pegawai Khas kepada Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Jafrei Nordin mengumumkan perletakan jawatan sebentar tadi selepas kecewa dengan sikap jahat dan rasis Ronnie Liu dan DAP.
Pengumuman itu dibuat tepat jam 10.40 pagi di hadapan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.
Bagi mereka bertiga dari Puak Kejanggalan Rakyat yang sering kali memainkan isu 300,000 orang india tanpa kewarganegaraan, inilah masa yang sesuai untuk kamu bertiga sedar bahawa isu ini bukanlah tunggangan politik PKR!
Penulis terserempak dengan satu status facebook yang amat bererti dan sungguh dalam maknanya. Saya kongsikan kepada semua, pendapat seorang “bapa”.
Setiap satu ayat dalam status tersebut bagaikan satu tamparan kepada ketiga – tiga “kuda” yang cuba menunggang demi kepentingkan politik mereka. Saya percaya “BAPA” tersebut arif akan kepentingan sijil kelahiran dan usaha yang diambil oleh “BAPAnya” untuk dia diulangi untuk anaknya dan ia akan diteruskan sehingga selamanya.
Syabas kepada “BAPA” tersebut!
psssttt: Pernah anda bertanya kepada PKR , berapa banyakkah masyarakat india yang tidak mempunyai dokumen pengenalan langsung ?
Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan dengan kerjasama Pertubuhan Artis – Artis India Malaysia dan Persatuan belia Karismatik Malaysia telah melancarkan “konsert Jelajah BN Pilihan Saya” atau “BN My Choice” yang dijadualkan bermula bulan Jun ini. Lagu rasmi konsert telah pun dilancarkan bagi menghangatkan lagi semangat dan menyatupadukan sokong rakyat kepada Kerajaan pimpinan Barisan Nasional.
Jadual Konsert akan dimuat naik dalam masa terdekat. BN PILIHAN SAYA!
N.Surendran , Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat sekali lagi dikantoikan oleh pihak MIC akan tuduhanya tidak berasasnya. Dalam tuduhan terbaru Saudara Surendran mengatakan seorang pelajar SPM 2012 diberhentikan sekolah kerana tidak mempunyai Kad Pengenalan biru dan pelajar itu tidak boleh mengambil peperiksaan SPM tahun ini. Pelajar yang bernama B. Reshina menjadi isu apabila MIC mencabar Surendran yang menuduh terdapat lebih 300,000 kes masyarakat india yang tidak mempunyai pengenalan diri yang tidak diselesaikan oleh MIC menerusi program MyDaftar.
Berbalik kepada tuduh N.Surendran yang mengatakan pelajar tersebut tidak boleh mengambil SPM 2012 dengan menggunakan Kad Pengenalan merah. ShiZone akan bongkarkan penipuan dan kekelentongan dari Parti Keadilan Rakyat tersebut.
lihat printscreen ini.
*sumber printscreen ini diperoleh dari laman web Lembaga Pelajaran Malaysia
Ini adalah sistem pendaftaran online bagi pelajar SPM dan dipercayai calon bernama Reshina itu boleh menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 dengan menggunakan IC merahnya. Tiada mempunyai sebarang masalah dan ia buktikan lagi dengan kenyataan akhbar dilama Pelajar tersebut boleh menduduki Peperiksaan tersebut. Cuba fikirkan bagaimana pelajar tersebut menduduki Peperiksaan UPSR dan PMR dengan menggunakan Kad Pengenalan Merah tersebut? Jika kedua – dua peperiksaan itu boleh diduduki tanpa sebarang masalah, saya percaya untuk menduduki peperiksaan SPM tidak mustahil juga.
Tuduhan liar dari parti pembangkang sememangnya tidak berasas. Jika saya dan ramai lagi masyarakat India termasuk pemimpin india pembangkang boleh mendapat Kad Pengenalan biru tanpa sebarang masalah mungkin terdapat masalah serius dalam keluarga Reshina dimana ia menjadi kekangan kepada beliau untuk mendapatkan Kad Pengenalan Biru.
Cuba cari dimana kesalahannya dan betulkan ia, tampilkan kedua – dua ibubapa pelajar tersebut dengan maklumat pengenalan diri yang sahih dan juga sijil perkhawinan mereka berserta surat beranak pelajar tersebut yang membuktikan bahawa Reshina benar – benar lahir kepada mereka.Ini cukup untuk membolehkan pelajar tersebut untuk mendapatkan kad pengenalan biru. Tetapi adakah pihak pembangkang sudi bercakap benar? Sebab JPN tidak akan menolak sebarang permohonan sewenang – wenangnya tanpa sebab.
Seperti yang dijangka oleh penulis, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman tetapi bukanlah “Durian Runtuh” seperti yang dinujum oleh penulis. Mungkin waktunya belum sesuai untuk PM mengumumkannya atau mungkin ia masih dalam peringkat perancangan. Walaubagaimanapun pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Najib semalam sedikit sebanyak membantu masyarakat India Kapar dengan kelulusan bajet untuk membina tiga bangunan blok baru untuk SKJT Simpang Lima Klang dimana pelajarnya banyak dan kelas tidak mencukupi. Ini membantu Ibubapa pelajar india yang mengeluh selama ini dengan YB Kapar yang tidak efisien dalam menyelesaikan masalah tersebut. Bukan itu sahaja, PM Najib mengumumkan pembinaan satu kremotorium bagi membantu masyarakat india kapar untuk melakukan upacara pengkebumian mengikut adat istiadat hindu.
Juga diumumkan penambahan tempat sebanyak 1500 untuk pelajar India lepasan SPM di Kolej Matrikulasi bermula sessi 2012/2013. Penulis menyambut baik cadangan dan inisiatif yang diambil oleh Perdana Menteri. Kegagalan ahli parlimen kapar menyelesaikan masalah setempat menjadi punca masalah ini dibawa ke perhatian Perdana Menteri. Walaupun Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat, semua dana disalurkan kepada NGO dan bukannya kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Natijahnya Pengerusi Persatuan Ibubapa pelajar sekolah tamil Selangor terpaksa bergaduh dengan YB Xavier Jayakumar yang gagal membantu sekolah tamil.
Apakah kita perlu sebuah kerajaan negeri yang tidak membantu sekolah yang ada dibawah kawasannya? Dimanakah janji yang ditaburkan oleh pembangkang sewaktu pilihanraya 2008? Janji tinggal janji………………….
Anda mempunyai maklumat yang ingin dikongsi bersama? Takut untuk membongkarkan kebenaran? Tidak Mahu berkongsi indentiti? Jangan takut salurkan maklumat anda kepada kami. Emailkan maklumat anda ke :