Category: PRU13

Halatuju MIC selepas PRU 13?

By , May 20, 2013 5:58 pm

MIC-Logo

 

Apakah Halatuju MIC selepas PRU 13? Apakah MIC harus lakukan selepas ini ? Apakah mereka harus terus menerima cemuhan dan kutukan lain? Satu persoalan yang patut ditanya setiap anggota dan pemimpin MIC selepas tamatnya Pilihan Raya Umum yang ke 13. Sebagai seorang ahli muda dan penyokong tegar MIC, saya rasa sudah tiba masa untuk MIC untuk bertindak dengan lebih agresif dan berwawasan dengan memacu kearahan menjaga kepentingan masyarakat india .Ini adalah penting kerana MIC adalah parti komponen bangsa india yang ketiga terbesar dalam ikatan Barisan Nasional.

Tetapi kemanakah parti ini sedang menuju? berlandaskan? Target poin MIC? Saya bukan untuk mengutuk mahupun membawa musibah kepada Parti yang saya cintai dan segani selama 7 tahun. Saya hanya mahu melihat satu perubahan yang akan memantapkan lagi prestasi MIC untuk menjadi satu ikon yang melambangkan komuniti india. Maka untuk mencapai tahap Ikon tampok pentadbiran dan kepemimpinan atasan perlulah lebih vokal menyuarakan pandangan masyarakat india. Bukan itu sahaja, MIC boleh atau harus menjadi satu parti yang “Demanding Party” yang bertegas, bersatu dan kuat apabila meminta sesuatu daripada kerajaan.

Apakah yang rakyat khususnya komuniti india minta? Rata – rata mereka mahukan satu parti yang boleh bersuara kuat lebih kuat dan mampu “melawan” kata – kata parti dari dalam komponen Barisan Nasional atau pihak berlainan. Bukannya yang mengangguk dan menerima segala kritikan dengan hati yang terbuka tetapi memekakkan telinga. Itu yang harus diabaikan oleh MIC. Rakyat kini sudah pandai menilai segala baik buruk sebelum membuat keputusan.

Saya bukan maksudkan semua pemimpin MIC tetapi hanya segelintir sahaja yang masih berdegil untuk menggunakan formula lama untuk “memancing” undi masyarakat india. Mereka belum sedar agaknya daripada tempias politik 2008 dan yang terbaru PRU 13. MEREKA- MEREKA  yang degil ini harus “dikorbankan” dari MIC kerana mereka hanya labiliti . Perjuangan MIC bukan untuk mendampingi kepentingan individu tetapi membawa satu perubahan besar dalam hidup masyarakat india yang sebahagian besar. Ramai pemimpin MIC telah berjasa kepada negara dan masyarakat dan sebilangan besar masyarakat india yang telah mendapat bantuan MIC masih menunjukan sokong mereka kepada MIC. Apakah MIC perlu buat untuk membalas jasa,budi dan sokongan mereka semua kalau bukan membina peluang sosio ekonomi kukuh kepada mereka.

Masih belum terlambat, banyak pemimpin muda memerlukan satu platform untuk membantu masyarakat india, suara – suara mereka selama ini tidak diendahkan kerana para pemuda dituduh sebagai “bayi” dalam politik dan tidak mempunyai pengalaman. Percayalah Pemuda pemudi sekarang sudah lebih pandai dan sudah jinak dengan politk.

Hanya 5 tahun lagi untuk PRU 14, pembaharuan ini adalah penting bagi memastikan kerelevanan MIC dalam arena politik. Banyak NGO dan parti politik bersaiz cendawan dan nyamuk mahu melihat kejatuhan MIC. Malah ada diantara mereka mahu “megambil alih” peranan MIC dalam Barisan Nasional dan masyarakat india. Bertindak sekarang, demi MIC yang lebih VOKAL dan MENUNTUT hak dengan lebih TEGAS.

Sekian.

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Perlantikan Waythamoorthy bukan ancaman kepada MIC

By , May 15, 2013 9:37 pm

Hindraf-300x202

Senarai Kabinet 2013 sudah pun diumumkan oleh Perdana Menteri Najib 5 petang tadi. Senarai Menteri – Menteri Kabinet menampakkan perlantikan beberapa muka baru termasuk Waythamoorthy Ponnusamy , pengasas Hindraf. Sememangnya perlantikan beliau adalah satu kejutan kepada ramai pihak termasuk saya. Ada blogger macai mengatakan perlantikan Waythamoorthy akan menjadi ancaman kepada MIC dan akan “membenamkan” parti tersebut.

Namun saya berpendapat lain. Perlantikan Waythamoorthy membolehkan pelan tindakan biru komuniti india yang digariskan oleh Hindraf boleh dikaji secara teliti dan diimplementasi tanpa sebarang masalah. Apa yang HINDRAF minta? Mereka meminta kualiti kehidupan masyarakat india harus dipertingkatkan. Maka dengan perlantikan Waythamoorthy, kini kelompok yang menyokong HINDRAF tidak lagi mempunyai alasan untuk menuduh Kerajaan Barisan Nasional bias. Mereka boleh duduk, berbincang dan menjana idea atau pelan yang mereka merasakan bagus untuk komuniti india.

Apakah MIC akan “dibenamkan” oleh HINDRAF?

Tidak. Saya rasa MIC tidak sedikit pun rasa terancam dengan perlantikan beliau. Kebenarannya selama ini hanya MIC yang kena tempias dan cemuhan orang ramai, kini ada satu lagi sahabat yang akan bersama menanggung cemuh tersebut. Hahaha. Kesahihannya MIC mempunyai 660,000 orang ahli di seluruh Malaysia, belum dicampurkan dengan angka daripada ahli Pemuda,Putera,Wanita dan Puteri MIC. Maka untuk “Execution” Blueprint tersebut  semestinya bantuan MIC diperlukan untuk menyalur atau menyampaikan implementasi pelan biru tersebut. Saya percaya PM tidak akan membuta tuli meluluskan sebarang pelan biru untuk masyarakat india tanpa pengetahuan MIC. Bahkan Majlis menandatangi memorandum MOU antara Hindraf dan Barisan Nasional berlaku atas persetujuan parti MIC.

Cuma pendominasikan MIC dalam kabinet untuk menyuarakan kehendak masyarakat india sudah berkurangan dan ini adalah amat bagus kerana saya berfikirkan selepas ini MIC dan Hindraf akan bersaing sesama sendiri untuk menjana pelan – pelan tindakan untuk masyarakat india di Malaysia. Yang akan menguntungkan ialah masyarakat india. Maka secara tidak langsung Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abdul Razak juga akan dapat mendengar pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak.

Kepada blogger macai yang mengatakan MIC akan terbenam, cubalah fahamkan isu. Isu politik dan masalah sosial adalah dua benda berbeza.

Vadivelu Comedy

Namun saya setuju dengan salah satu pendapat Blogger Macai tersebut, Dato SK Devamany sepatutnya diberikan senator dan dilantik sebagai Timbalan Menteri. Dato Sk Devamany memberi laluan kepada Presiden Parti MIC untuk bertanding ditempatnya dan Presiden juga telah menangi Kerusi itu, Maka sepatutnya jasa baik Dato SK Devamany seharusnya dibalas dengan mengangkat nama beliau kepada Perdana Menteri untuk diberikan jawatan. Jika kepimpinan tertinggi berbuat demikian, ini akan menjadikan 4 Kerusi Kabinet untuk MIC sahaja.

Tetapi tidak apa, Senarai Kabinet ini saya jangka untuk sementara waktu sahaja, kerana ia akan dirombak balik setelah kesemua Parti Komponen Barisan Nasional selesai mengadakan Mesyuarat Agung masing- masing dengan perlantikan ahli jawatankuasa baru. Kita tunggu dan lihat.

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Enam wakil India dalam pentadbiran Najib

By , May 15, 2013 6:57 pm

Pentadbiran kerajaan ‘berimbang’ yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menampilkan enam wakil India; dua menteri dan empat timbalan menteri.

Ia adalah pertama kali Najib memberi keutamaan dan kepercayaan kepada dua wakil yang bukannya dari parti MIC, yang membawa perubahan besar terhadap kedudukan sosioekonomi masyarakat India.
Mereka ialah Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (HINDRAF), p Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Pulau Pinang, Datuk Loga Bala Mohan, yang akan dilantik sebagai Senator, dipilih sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

Sementara itu, mengetuai barisan wakil MIC dalam Kabinet, ialah Presiden parti itu, Datuk Seri G Palanivel yang dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, dan timbalannya, Datuk Seri Dr S Subramaniam pula dilantik sebagai Menteri Kesihatan.

Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, dan Penyelaras Nasional bagi pergerakan Putera, P Kamalanathan pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran II.

Pada pilihan raya umum ke-13, hanya empat ahli politik MIC memenangi kerusi Parlimen daripada sembilan kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu.

Mereka ialah Palanivel (Cameron Highlands), Dr Subramaniam (Segamat), Naib Presiden Datuk M Saravanan (Tapah) dan Penyelaras Nasional bagi pergerakan Putera, P Kamalanathan (Hulu Selangor).
Pada tahun 2008, Najib melantik seorang menteri dan dua timbalan menteri untuk Kabinetnya, dan tiga tahun kemudian, Najib melantik Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menerajui pembangunan kaum India.

Pada 18 April, HINDRAF dan BN menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengandungi enam perkara utama untuk membawa masuk golongan miskin berketurunan India ke dalam arus utama pembangunan negara. – BERNAMA

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

YB @PKamalanathan Timbalan Menteri Pendidikan 2 #PuteraMIC #MIC #BetterNation

By , May 15, 2013 6:11 pm

ROS_3297

 YB P. Kamalanathan Ahli Parlimen Hulu Selangor dari Parti MIC dilantik untuk menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran 2. Penulis sambut baik kerana Kamalanathan merupakan “material” yang amat bagus untuk diberi jawatan kabinet. Hasil usahanya dapat dilihat melalui pencapaian beliau sebagai Ahli Parlimen di Hulu Selangor. Masyarakat Hulu Selangor amat selesa dengan perkhidmatan yang diberi oleh YB Hulu Selangor ini. Juga dikatakan bahawa ini kali pertama seorang YB berbangsa india dilantik untuk menjadi timbalan dibawah kementerian ini.

 Segala susah payah, penat dan keringat yang dtitiskan oleh YB P.Kamalanathan untuk berkhidmat terjawab hari ini dan ini bukan garisan penamat bagi beliau. Perjalanan dan perjuangan beliau masih jauh. Saya ucapkan ribuan tahniah kepada YB. P.Kamalanathan. Harap YB dapat terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua.

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (2) Informasi (1) Patut Dibaca (1) Boring (0)

Ramalan Senarai Menteri Kabinet 2013

By , May 15, 2013 9:06 am

Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan)
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Ahmad Maslan

Menteri Kewangan
Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Pelajaran
Datuk Seri Idris Jusoh

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishamuddin

Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Pelancongan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Kerja Raya
Datuk Seri G Palanivel

Menteri Kesihatan
Datuk Wee Ka Siong

Menteri Belia Dan Sukan
Dato Ahmad Shabery Cheek

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri S Subramaniam

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Noh Omar

Menteri Perdagangan Dan Industri
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Shafie Afdal

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Datuk Fadillah Yusof

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Unggah Embas

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Datuk Seri Mahazir Khalid

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Datuk Joseph Salang Gandum

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Datuk Seri Ong Ka Chuan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Datuk Noriah Kasnon

Menteri Penerangan Dan Komunikasi
Khairy Jamaluddin

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Johari Abdul Ghani

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (1) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (2)

Panorama Theme by ShiZone | Provided by WordPress Themes