Category: Kebajikan

Minta MIC Johor dan Exco YB @Vidyananthan bantu Saudari Mani

By , June 14, 2013 9:10 am

MIC-LogoPilihanraya sudah tamat, tiba masanya untuk MIC fokus kepada masyarakat india yang memerlukan bantuan. Pagi ini penulis terbaca berita mengenai A. Mani dari Johor , ibu kepada 3 orang anak yang menghidapi penyakit ganjil. Nampak gambar mereka dalam akhbar sudah menunjukkan mereka hidup dalam keadaan yang sengara dan susah. Saya saran MIC johor boleh membantu keluarga ini. Inilah medan perperangan kita sebenarnya. Saya tujukan kes ini kepada MIC Johor & YB Vidya kerana merekalah yang ada berdekatan, lagi bagus jika MIC di peringkat Kebangsaan turun dan menghulurkan bantuan.

Berikut adalah Berita daripada Harian Metro 15 Jun 2013.

“Johor Bahru: Tak makan tapi gemuk. Itu masalah dihadapi empat beranak dihimpit kemiskinan sehingga terpaksa mengikat perut, namun penyakit ketidakseimbangan hormon yang dihidapi menyebabkan berat badan mereka terus meningkat mencecah lebih 100 kilogram.

Paling kronik ialah si ibu, A Mani, 61, yang hanya mampu terbaring di ruang tamu rumah setinggan dihuni keluarga itu di Jalan Kebun Teh di sini, kerana sukar bergerak berikutan berat badannya mencecah 150 kilogram.“Sudah lima tahun ibu hanya terbaring di ruang tamu dan di situlah tempat dia makan, membuang air besar serta tidur,” kata S Velu, 34, anak kedua Mani. Dua lagi anggota keluarga itu ialah S Ganes, 41, dan adik perempuannya, S Puspalatha, 21.

xpix_gal1.pagespeed.ic.cOLy88nH42


Menurutnya, sejak lima tahun lalu, Puspalatha ditugaskan menjaga ibu mereka selepas warga emas itu terjatuh berhampiran rumah menyebabkan dia tidak mampu berjalan.

Ayuh Kita hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya.

 

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Mati dalam lokap: Kadang – kala memang ADIL

By , June 3, 2013 8:56 pm

#Maaf kepada semua pembaca jika artikel ini menyinggung perasaan anda.

Makin lama makin ramai suspek atau pesalah yang ditahan dalam lokap meninggal dunia sama ada kerana mati mengejut ataupun akibat dipukul oleh pihak polis sewaktu menjalankan siasatan. Saya akur memang pesalah yang ditahan oleh pihak polis dan mereka mempunyai hak untuk menyoal siasat bagi mendapatkan maklumat . Saya juga tahu ketahap mana mereka akan pergi jika ingin mendapatkan maklumat penting daripada seseorang penjenayah tetapi memukul sehingga tenat adalah kaedah tidak sesuai dan patut diabaikan oleh pihak polis.

Saya faham perasan pegawai polis yang muak untuk tengok penjenayah kesalahan berat yang sama, selalu keluar masuk balai kawasan mereka. Siapakah kebanyakkan si mati ini? Pembunuh, perogol, peragut penghisap dan pengedar dadah. Kebanyakkan masyarakat india sememangnya mahu golongan ini untuk terus ghaib dari muka bumi. Tak percaya, pergi tanya dengan sesiapa sahaja rakyat biasa, apa pendapat mereka tentang penjenayah semua ini? Rata – rata akan menjawap lebih baik mereka mati ditangan polis daripada membunuh sebilangan besar masyarakat yang lain. Kehilangan satu nyawa jahat adalah lebih baik daripada mengorban berpuluhan yang lain. Ada yang akan marah dengan penulis selepas membaca artikel ini tetapi sedarkah anda bahawa isu kematian dalam lokap ini diapi – apikan oleh pihak pembangkang khususnya dari Parti Keadilan Rakyat demi kepentingan politik mereka?

Saya ingin bertanya kepada semua, pernah anda terdengar nama V Divendran yang berumur 25 tahun? Dia adalah seorang pegawai polis muda yang berasal dari Selayang Heights, Batu Caves dilaporkan hilang pada 1 Februari 2012 sebelum ditemui mati tiga hari kemudian di bawah jejambat berhampiran Bulatan Batu Caves dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul dibunuh kerana DENDAM. Siapa yang bunuh? Seorang lain berbangsa india yang bernama KARUNAGARAN A/L ASAITHAMBY

427061_305570529497496_138833462837871_755750_1867123993_n

KARUNAGARAN A/L ASAITHAMBY, pembunuh Konstabel V Divendran

Adakah sesiapa daripada pembangkang atau masyarakat india sanggup turun ke jalan berdemo untuk mendapatkan keadilan kepada mendiang pegawai polis india muda itu? Tidak. Bahkan semua lupa dan ada yang tidak mahu mengambil tahu akan apa yang berlaku kepada pegawai polis dan keluarganya!

Yang anda tahu ialah menyalah dan memdapatkan publisiti kepada pembangkang dimana mereka tahu  isu kematian dalam lokap boleh menaikkan lagi kemarahan masyarakat india supaya membenci polis dan lambat laun pembangkang akan mengaitkan Kerajaan Barisan Nasional. 

hindraf1

Contoh publisiti yang dicari oleh pembangkang dalam kematian kugen

Bagi mereka yang separa tahu isu dan aktif dalam media sosial, akan terus berfikir secara emotional daripada rasional akan terus membedil pihak Polis dan Barisan Nasional sampai mereka akan gambarkan seolah – olah Barisan Nasional yang mengarahkan penjenayah itu untuk dipukul sehingga mati.

Saya nak tanya sedikit kepada semua. Apakah jawapan anda kepada keluarga yang telah kehilangan anak, abang, saudara mereka disebabkan oleh penjenayah kesalahan berat seperti Kugen, Jamesh Ramesh, N. Dharmendran dan ramai lagi?

je_01.1

Apa jawapan anda kepada tangisan bapa yang kehilangan anaknya disebabkan seorang penjenayah?

Inspektor tak cam mayat anak saudara

Mayat Pengawai Polis Divendran yang mati dibunuh oleh Karu.

120204-bunuh-polis-3-450x300

Keluarga mangsa yang menangis di tengah jalan. Apakah perasaan anda jika anda di tempat mereka?

Jadi janganlah terlalu taksub menyokong kematian penjenayah kerana kematian mereka adalah kecil berbanding kadar jenayah dan pembunuhan yang mereka lakukan. Tetapi saya tahu ini tidak akan menjustifikasikan keadaan sebenar dan saya akui pihak polis tidak seharusnya mengambil undang – undang ditangan mereka sendiri. Kadang – kala jika darah daging kita sendiri dibunuh oleh salah seorang penjenayah, dan lambat laun kita mendapat tahu bahawa dia telah mati dipukul pihak polis atau mati dalam lokap, Apakah perasaan kita pada ketika itu? Adakah kita akan bergembira kerana keadilan terjawab akhirnya atau sedih kerana dia mati dalam lokap? Fikirkan.

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (8) Informasi (0) Patut Dibaca (4) Boring (2)

@NajibRazak minta maaf

By , April 28, 2013 4:34 pm

528253_10151548821992552_90131432_n

Kesediaan pemimpin mengakui kesilapan dan memohon maaf daripada rakyat mampu mempamerkan keperibadian yang mulia dan tinggi sahsiahnya.

Bukan mudah untuk manusia, terutama individu atau kumpulan melakukan tindakan seperti itu, walaupun pada pandangan kasarnya begitu mudah. Hanya mereka yang berbudi pekerti mulia saja mampu mempraktikkannya.

Sebagai manusia, kita perlu menjauhkan diri daripada sifat riak, angkuh dan sombong semata-mata untuk menjaga imej, pangkat serta kedudukan. Individu yang bersifat mulia biasanya amat mudah memaafkan kesalahan orang lain.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Ada tiga perkara apabila dilakukan akan dilindungi Allah dalam peliharaan-Nya, ditaburi rahmat-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga iaitu apabila diberi ia berterima kasih, apabila berkuasa ia suka memaafkan dan apabila marah ia menahan diri. (Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban dari Ibnu Abbas)

Pada prinsipnya, manusia yang sedia meminta maaf dengan ikhlas dan secara terbuka walaupun menyedari kesalahan itu dilakukan orang lain dilihat memiliki akhlak yang mulia dan terpuji. Jika bukan kerana keimanan dan rasa tawaduk, sukar bagi manusia memohon maaf.
Mereka yang sanggup memohon maaf ialah orang yang memiliki kekayaan hati, manakala mereka yang sukar memohon maaf dikatakan memiliki kemiskinan hati.

Sebenarnya agak sukar untuk menggambarkan secara jelas maksud sebenar kekayaan dan kemiskinan hati. Seorang penyair Arab menulis mengenai gambaran itu. Katanya: �Kemiskinan sentiasa ada pada hati orang kaya dan kekayaan sentiasa ada pada hati orang miskin. Sejauh mana kebenarannya, hanya Allah yang mengetahui.

Sambungan : Link - http://www.mukmin.com.my/baca.php?title=Rendah%20Diri%20Mohon%20Maaf%20Tanda%20Miliki%20Kekayaan%20Hati&kategori=12&id=1935

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Hindraf masih relevan?

By , April 8, 2013 11:38 pm

Pada tahun 2007 waktu Hindraf menanjurkan demo besar – besaran untuk mengatakan rasa tidak puas hati akan layanan yang diberi kepada masyarakat india khususnya dibawah pimpinan Tun Abdullah yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia yang ke 5. Hindraf memanggil mereka sebagai wakil masyarakat india. Yelah mana tidak jika 50,000 hingga 70,000 orang masyarakat india dari setiap pelusuk negera dikerah ke kuala lumpur untuk menyampaikan memorandum kepada pesuruhjaya british mestilah mereka akan mengisytiharkan Pertubuhan tidak berdaftar itu mewakili suara majority India.

Tetapi selepas 5 tahun apakah Hindraf masih relevan kepada masyarakat india? Dengan ahli hindraf yang telah berpecah kepada beberapa kelompok berasingan, apakah mereka ini masih mewakili suara majoriti india? Persoalan saya,  berapa banyakkah daripada 70, ooo orang masyarakat india itu yang masih bersama Hindraf?

Sokongan masyarakat india sudah pudar terhadap perjuangan Hindraf. Ramai yang sedar bahawa mereka telah dipergunakan untuk kepentingan politik masing – masing. Ini benar, kerana pemimpin – pemimpin hindraf yang ditahan dibawah ISA kini tidak bersemuka dan masing-masing berbalah antara satu sama lain. Sampai hari ini 5 lima – lima pemimpin Hindraf tidak pernah jumpa sesama sendiri atau menyatakan sokongan mereka kepada P.Uthayakumar dan Waythamoorthy.

Bukan setakat itu sahaja, pada PRU 2008, Hindraf telah menyeru semua masyarakat india untuk menyokong Pakatan Rakyat dan ketika itu kita semua terbeli cerita mereka dah telah pun mengundi Pakatan  Rakyat pada 2008 sehingga menyebabkan Tsunami dalam arena politk Malaysia. Tetapi apa gunanya? Kebajikan Masyarakat india di Negeri – Negeri Pakatan Rakyat tidak dijaga langsung malah hindraf sendiri telah hilang suara dibawah Pakatan Rakyat.

Bukan itu sahaja, masyarakat india juga telah menghantar seorang pemimpin Hindraf ke DUN Selangor pada 2008. Apakah sumbangan beliau kepada masyarakat india khususnya di Selangor?

 manoharan

Apa sumbangan YB Manoharan kepada Masyarakat india Selangor? Apakah beliau masih menyokong hindraf? Apakah beliau masih mengelarkan dirinya sebagai Pemimpin Hindraf? Jawanpanya tidak! Beliau mengelarkan dirinya sebagai tahanan ISA.

Bukan itu sahaja, Kita juga menghantar seorang Wakil rakyat daripada kelompok hindraf ke Parlimen iaitu YB Manikavasagam.

mike polis report

YB Manikavasagam telah mendapat sokongan daripada masyarakat india di Kapar dengan menggunakan nama hindraf. Apa pembaharuan atau kebaikan yang telah dibawa oleh Wakil Rakyat parlimen ini kepada masyarakat india? Tiada!

Tidak cukup dengan itu, kini pemimpin utama Hindraf Uthayakumar pula ingin bertanding dengan slogan mereka iaitu ” hantar seorang wakil 100% mangsa sokongan perkauman”. Mangsa Perkauman? Hindraf main “Racial Card” untuk mendapatkan undi?

559952_10151167601833078_1072945768_n

Dengan berbekalkan saki baki sokongan yang ada daripada masyarakat india , Uthayakumar dibawah parti HRP akan bertanding untuk Kerusi Parlimen Kota Raja. Nampak gayanya Pemimpin – Pemimpin Hindraf tidak akan berdiri dengan prinsip mereka sama sekali. Pemimpin Hindraf ini pernah berkata bahawa Hindraf tidak akan bertanding mana – mana kerusi dan akan hanya bertindak sebagai NGO. Tetapi sekarang, masing – masing ingin mengejar kepentingan sendiri.

2008 Hindraf menyuruh masyarakat india untuk undi Pakatan Rakyat, Masyarakat india telah pun mengundi Pakatan Rakyat, Hindraf menyuruh Masyarakat india untuk menghantar satu wakil ke DUN Selangor dan Parlimen, masyarakat india telah pun mengundi satu wakil ke DUN Selangor dan Parlimen. Apa yang telah masyarakat india telah dapat dengan menghantar kedua – dua wakil ini ke Dewan Negeri dan Rakyat?

Sekarang Hindraf kata jangan percaya Pakatan Rakyat dan meminta masyarakat india untuk mengundi Uthayakumar ke Parlimen.

Apakah masyarakat india harus percaya kepada mereka? Cukuplah bukan sekali dua masyarakat india mendengar kata – kata mereka, tetapi hanya HAMPA yang masyarakat india dapat. Dalam bab lain, abang kepada Uthayakumar iaitu Waythamoorthy pula mengadakan mogok lapar supaya Pelan Biru untuk Masyarakat india supaya diterima mana – mana parti politik.

waythamoorthy-hunger-strike-day-10-300x198

Penulis kesal dengan mereka ,bagaikan mereka mempergunakan masyarakat india untuk kepentingan masing – masing. Persoalanya kenapa baru sekarang mahu mengadakan mogok lapar? (Hindraf pernah membuat mogok lapar sebelum ini tetapi mogok lapar itu mempunyai expire date beberapa jam/Hari -LINK-) kenapa sekarang mahu mengumumkan untuk bertanding? Apakah prinsip boleh berubah mengikut masa? Lalang namanya.

Akan bersambung……….

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

ADUN PKR : Kuil bawah pokok, I’m not interested

By , April 8, 2013 12:08 pm

niknazmi

Adun Seri Setia dari PKR iaitu YB Nik Nazmi kantoi dengan Video Mesyuarat berkenaan isu jambatan besi di Petaling Jaya yang dihadiri oleh wakil ahli-ahli Parlimen, wakil pemaju PJCC, wakil konsesi lebuhraya NPE dan ahli majlis MBPJ.

Walaupun Isu jambatan penting buat penduduk setempat itu, perkara yang saya ingin HIGHLIGHT-KAN ialah YB Nik Nazmi berkata dia tidak berminat untuk mengetahui Kuil bawah pokok yang ada berdekatan jambatan itu. sila teliti video ini dari minit ke 3.49 dan seterusnya.

Not Interested kannya, Apa yang anda ingin katakan mengenai YB Pakatan Rakyat Ini?

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Panorama Theme by ShiZone | Provided by WordPress Themes