Dato’ Seri Samy Vellu letak jawatan
Seperti yang diramalkan oleh pihak media & penganalisis politik , Dato’ Seri Samy Vellu letak jawatan sebagai presiden parti MIC semalam, sehari selepas konvensyen Barisan Nasional bagi memberi laluan kepada timbalan presiden Dato G.Palanivel untuk memimpin parti dan memperkasakannya untuk menhadapi pilihan raya ke -13.Sebagai tulang belakang MIC atau ketua MIC selama 31 tahun, saya faham akan perasaan beliau ketika melepaskan jawatannya tapi apa dayanya, yang hendak berlaku tetap akan berlaku, untuk kepentingan parti dan ahli- ahli parti sesuatu keputusan adalah amat memahitkan.Saya pasti beliau telah menyiapkan semua sayap sayap MIC untuk menghadapi PRU yang ke 13 nanti.
Keputusan Dato’ Seri Samy Vellu untuk berundur secara sukarela perlulah dipertimbangankan oleh ramai pihak khususnya ahli politik antaranya ketua menteri sarawak,Menteri besar Kelantan,Presiden PAS, bekas ketua pembangkang Lim Kit siang dan ramai lagi.Berilah peluang untuk orang lain untuk memegang tampok kepimpinan sesebuah parti dan berilah peluang kepada orang muda untuk turut serta.Mereka memerlukan base untuk menimba ilmu politik sebelum berkecimpung dalam arena politik malaysia.
Tetapi saya pasti tiada siapa yang dapat mengantikan keberanian dan kelantangan seperti mana Dato’ Seri Samy. Sewaktu kemuncak konfrontasi Malaysia-Indonesia pada 17 September 1963,Dato’ Seri antara pemuda yang sanggup mengadai nyawa naik ke puncak kedutaan Indonesia di kuala lumpur dan membakar bendera Indonesia dan dengan bantuan Datuk Khalid Yunus mereka kibarkan bendera Malaysia di kedutaan Indonesia! Sapa yang mampu berbuat demikian pada hari ini?
Dato’ Seri Samy Vellu, ucapan penghargaan tidak memadai bagi mu,sebagai seorang pejuang bangsa kami sematkan nama mu disanubari kami.TERIMA KASIH PEWIRA BANGSA!
Akhir sekali, harus diingat walaupun pemimpin sentiasa bertukar, objektif dan perjuang sesebuah parti tidak pernah berubah. kita sebagai seorang ahli parti perlu memastikan objektif dan perjuangnya tidak terkeluar dari landasannya.BIAR APA-APA PUN BERLAKU, TANGGGUNGJAWAB KITA PERLU DILAKSANAKAN.


