Hudud confirm, DAP boleh Blaaah!

By , September 23, 2011 11:47 am

Isu ini kembali hangat dengan kenyataan Datuk Nik Aziz, Menteri besar Kelantan akan perlaksanaan Hukum hudud. Dengan lantang Nik mengatakan DAP boleh keluar dari pakatan tetapi PAS tetap akan dengan Hukum Hududnya. Jadi apa kata pemimpin DAP?? Kan BN dah kata awal – awal Pakatan Rakyat Semakin Retak Nanti Belah. Cuma menunggu masa untuk tumbang.

Tiada sebarang masalah kepada PAS jika DAP tinggal Pakatan Rakyat.

Ini pula pendapat Karpal semasa isu ini mula mula letup. Apakah dia masih berpegang pada janji ini?

Dalam masalah antara dua parti kuat ini, yang pening kepala duduk kat tengah tengah terfikir akan hidupnya…………… Siapa lagi kalau bukan

Tidur sekatil mimpi berlainan!

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

“….. FOR ALL”?. Siapa yang sebenarnya “FOR ALL”?

By , September 15, 2011 10:21 am

Baru kali pertama saya lawat ke Kedai Rakyat 1 malaysia di Stesen LRT Kelana Jaya selepas ia dilancarkan oleh Y.A.B Dato’ Sri Najib Tun ABdul Razak, Perdana Menteri Malaysia beberapa bulan yang lalu. Sememangnya barangan yang dijual murah jika dibandingkan dengan kedai runcit yang lain tapi tak lah murah sampai 50% diskaun. Misalnya cecair pencuci pakaian yang harganya Rm15 boleh didapati dengan harga Rm10. Kebanyakkan barangan yang dijual juga murah Rm3-4 jika dibandingkan dengan lain. Ada pihak yang mengatakan produk kedai satu malaysia tidak berkualiti, saya bangkang kenyataan tersebut.Ini Kerana semua yang dijual adalah produk asli berpelekat Logo 1 Malaysia. Saya rasa harga barangan murah di kedai rakyat 1 malaysia kerana tidak banyak duit dihabiskan untuk pengiklanan / design atas produk. Semuanya diselaraskan dengan logo satu malaysia dimana mereka boleh megurangkan kos penghasilan produk tersebut. Saya menyambut baik cadangan ini dan menyaran kerajaan agar membuka lebih banyak cawangan kedai rakyat 1 Malaysia ini. Mari kita bandingkan gambar yang saya sempat ambil dan juga gambar dari pihak pembangkang.

 

Pintu Masuk Kedai Rakyat 1 Malaysia

Bahasa Melayu, Bahasa Ingerris, Bahasa Cina dan juga BAHASA TAMIL digunapakai di Kedai 1 malaysia. Bukan macam Parti Pembangkang yang ABAIKAN Bahasa Tamil.

Walaupun Menteri Besar Selangor menolak penggunaan Logo 1 Malaysia di Selangor, Kedai 1 Malaysia tidak menolak gambar Menteri Besar Selangor dikedainya. Ini menunjukkan taat setia kepada Ketua Pemimpin Negeri tetapi Pemimpin Negeri Melarang pengunaan Logo 1 Malaysia dan Gambar Perdana Menteri kita.

Nilai sendiri…………….

Dari Pihak Pembangkang Khususnya DAP dan PKR

( PAS TAK YAH LAAA ,TGH DUET DGN KOMUNIS)

Bahasa Tamil masih diabaikan dan tidak diberi keutamaan. Undi India mau, tapi tak mau letak tamil!

Pusat Khimat Ketua Menteri Pulau Pinang pun tiada tulisan Tamil atas papan tandanya. Patutlah Kampung Buah Pala diabaikan apatah lagi untuk Bahasa dan Tulisan Tamil?? Undi Mau ,Tamil Tak Mau?

Ini pula kenyataan akhbar keadilan kenapa kepimpinan selangor tolak Slogan 1 Malaysia. Alasan yang diberi tidak munasabah langsung! Cuba lihat balik gambar kedai rakyat 1 Malaysia.Mana yang tidak menpunyai perlaksanaan? Slogan propaganda BN mempromosi sokongan bentuk kepartian? Yang datang beli kat kedai 1 Malaysia itu orang parti ke? Ia membazir wang rakyat dan pembayar cukai. Kedai Rakyat 1 Malaysia, Dari rakyat kepada rakyat. Rakyat yang mendapat manfaat bukan pembangkang!

Yang Slogan Selangorku? Apa hal pulak? Kata Slogan SelangorKU untuk rakyat selangor tapi website penuh dengan gambar MB Selangor macam personal blog pula. Ini bukan alat propaganda PKR ke? Pembaziran cukai? Perlaksanaan? Haaa Ternangalah jawabnya!

Sedar Sebelum terlambat!

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Panorama Theme by ShiZone | Provided by WordPress Themes