BREAKING NEWS!! LAPORAN POLIS TERHADAP S.GOBIKRISHNAN

By , December 31, 2011 9:05 pm

Penulis menerima email dari seorang pemimpin Pemuda MIC yang berprofil tinggi yang mengandungi salinan laporan polis terhadap Saudara S. Gobikrishnan.Penulis amat terkejut akan isi kandungan yang dilaporkan oleh pemimpin pemuda mic tersebut tetapi penulis tidak berhasrat untuk mendedahkan pelapor itu pada hari ini.Nantikan berita penuhnya esok pukul 2 petang di www.shizone.com. Bak kata pepatah “sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua”.

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (3) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

S.Gobikrishnan (bekas ahli NIAT) dipukul dengan NIAT?

By , December 30, 2011 11:41 pm

Penulis terbaca berita FMT dimana mereka melaporkan S.Gobikrishnan telah ditumbuk empat kali bertalu-talu dimukanya oleh pembantu peribadi seorang menteri yang menyebabkan cermin matanya pecah.Apabila ditanya kepada pembantu menteri tersebut beliau menyatakan dia hanya menampar S.Gobikrishnan sebanyak 2 kali. Penulis masih ingat lagi ramai rakan – rakan di TwitterJaya mahu Gobi diberi pengajaran yang sepatutnya dan kini saya dapat melihat rakan – rakan twitter bergembira akan insiden yang berlaku semalam. Tetapi Penulis hanya terfikir apakah ini taktik baru serangan Gobikrishnan terhadap MIC? Kerana beberapa bukti yang ditunjukan oleh Gobi amat meragukan.

Pertama : Siapa yang tweet mengenai insiden tersebut?

Setahu saya S.Gobikrishnan yang telah ditampar tetapi yang melaporkannya di twitter adalah saudara murali puchong. Penulis keliru apa kemestinya campur tangan Saudara Murali dalam isu ini? Sepatutnya Gobi yang perlu membuat laporan polis dan Sidang Akhbar tetapi ia semua dilakukan oleh Saudara Murali yang sudah lama membenci MIC. Perhatikan tweetnya dibawah :-

Saudara Murali adalah yang pertama melaporkan insiden

Ini yang penulis benar – benar keliru, Saudara Murali berkata Laporan Polis sedang dibuat di IPD Dang Wangi tetapi Location Mark Twitter menunjukan Saudara Murali berada di Kelang semasa tweet tersebut. Bagaimana ini boleh dipercayai?

Kedua :Cermin Mata Pecah

S.Gobikrishnan melaporkan bahawa cermin matanya pecah dan saudara Murali telah mentweetkan gambar cermin mata tersebut. Bahagian ini juga penulis amat keliru kerana dikatakan laporan polis dibuat pada malam kejadian di IPD Dang Wangi dan pada keesokan harinya bahan bukti penting iaitu cermin mata yang pecah berada di Kelang? Mana mana pula ia boleh berada di kelang. keliru atau tidak?

tetapi dalam gambar yang dihantar kepada Free Malaysia Today menunjukan gobi memakai cermin mata dimana pipinya luka. Bagaimana pula itu?

Ketiga : Pipi berdarah dan bibir lebam akibat tumbukan

Gobikrishnan menyatakan bahawa pipi beliau terdarah dan bibirnya bengkak akibat tumbukan yang lepaskan oleh pembantu peribadi menteri tersebut. Jadi penulis telah meminta bantuan rakan penulis yang professionnya doktor untuk memberi pandangan dari sudut perubatan maka jawapan yang diberi oleh beliau :-

gambar ini diambil dari akhbar online Free Malaysia Today yang menunjukan gambar pipinya masih berdarah dan pandangan yang diberi oleh Dr. Vikneswaran adalah : -

Penulis pasti doktor yang memberi pandangannya dari sudut perubatan membuktikan bahawa Gobikrishnan mungkin ditampar dan bukannya ditumbuk bertalu-talu. Luka dipipinya mungkin disebabkan terkena kuku semasa kejadian.

Ditumbuk atau ditampar tak kira apa yang berlaku, laporan dan sidang media yang dibuat oleh Gobi dan kawan – kawannya menampakan hasrat mereka untuk melibatkan parti MIC. Ini kerana mereka suka melabelkan perkara – perkara fitnah mengenai MIC dan isi – isi laporan polis dan kenyataan media menunjukkan mereka terdesak untuk menyalahkan MIC supaya lebih ramai lagi pengundi india terpesong ekoran kejadian ini.

pssssttt : Ramai yang gembira akan insiden yang berlaku gara – gara gobi dilabel sebagai seorang yang racist oleh sebahagian besar rakan twitter. Adakah ini yang dikatakan sebagai karma? Itulah yang dikatakan terlanjak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (13) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Real Godfather or Godfather wannabe?

By , December 27, 2011 11:56 pm

Penulis keliru pergolakan yang berlaku antara Ramasamy a.k.a amasamy dan Karpal a.k.a singa beroda betul betul kerana perkataan GODFATHER atau kedua – dua mereka ingin menjadi “the ultimate ones” dalam parti DAP. Ini kerana berita yang penulis terima dari negeri pulau pinang mengatakan Ramasamy mempunyai keinginan untuk mengantikan tempat Karpal dalam membuat keputusan pemilihan senarai calon. Penulis akur Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Ke 2 mungkin ghairah untuk memimpin.Akan tetapi tempiasnya makin hangat dirasai oleh ramasamy apabila YB Thana dimana beliau dianggap seorang yang mampu menumbangkang ramasamy bangkit menentang ramasamy dengan bantuan Yb RSN Rayer. Oleh itu dalam konspirasinya untuk menjatuhkan Yb Thana, Ramasamy telah mendekati beberapa orang untuk merancang YB Thana digantikan dengan calon yang selalu ikut telunjuk Ramasamy. Apa – apa pun nantikan berita yang lebih dashyat dari mereka berdua ini………….

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (1) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Adakah Nga akan dihukum atau dilupa?

By , December 27, 2011 1:28 am

Kes pemberian tender “lounge suit” memasuki pusing ketiga dimana YB M Kulasegran dari DAP diminta memberi komen oleh pihak media. YB Kula yang dari DAP menegaskan bahawa Yb Nga Kor Ming adalah orang yang sesuai untuk memberi penjelasan mengenai campur tangan beliau dalam pemberian kontrak tersebut. Ekoran daripada temuramah tersebut beliau telah dihubungi oleh YB Lim Kit Siang untuk bincang hal tersebut dalam party. Buktinya? Tweet YB Kula pada 26/12/2011

Tweet YB Kula menunjukan kepimpinan DAP telah memandang isu ini serius dan Yb Nga Kor Ming perlu jawab kepada mereka. Akan tetapi apakah Nga Kor Ming akan dihukum apabila dibuktikan menyalahguna kuasanya atau kes ini akan dilupakan untuk menutup lubang – lubang busuk DAP sebagai mana mereka buat untuk tidak mengenakan tindakan terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan meringankan hukuman YB Mano yang pada mulanya ingin menukar bendera Malaysia.

Pssst : YB Lim Kit Siang macam mana nak percaya you sedangkan you dikatakan meyelamatkan pemimpin dap yang berbangsa cina sahaja? apakah kamu bersikap racist? keputusan disiplin Nga akan menerangkan semua!

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Khir Toyo dipenjara 12 bulan bukti Kehakiman Malaysia tidak pilih kasih!

By , December 24, 2011 1:14 am

Hari ini Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Dr Khir Toyo, Bekas Menteri Besar Selangor dan Adun Sungai Panjang bersalah dalam menerima rasuah berbentuk rumah. Hakim memutuskan terdapatnya bukti kukuh yang mengaitkan Dr Khir Toyo melakukan kesalahan tersebut sewaktu beliau masih memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Keputusan mahkhamah ini menunjukan kehakiman negara tidak memilih kasih dan bersikap adil, Ini kerana ada sesetengah pihak mencalar nama baik Bidang Kehakiman Negara dengan mengatakan Bidang kehakiman sentiasa menurut arahan pentadbir negara. SYABAS SAYA UCAPKAN KEPADA KEHAKIMAN MALAYSIA.

Apa yang penulis ingin tegaskan ialah, jangan bersikap retorik apabila Mahkamah memutuskan Anwar Ibrahim bersalah pada 9 Januari nanti. Keputusan Mahkamah terhadap Dr. Khir Toyo adalah bukti menunjukan Mahkamah tidak pernah dan tidak akan pilih kasih dalam memberi pengadilan. Kepada Anwar Ibrahim dan kuncu – kuncunya, Jika anwar disahkan atau diputuskan bersalah jangan bersikap biadap di mahkamah ataupun mencemuh hakim dan bidangnya sebaliknya minta Anwar Ibrahim untuk membuktikan dirinya tidak bersalah atau suruh dia menerima hukuman untuk kesalahan yang dilakukannya. Spesis ini memang patut dipenjarakan kerana suka menghasut orang sehingga hilangnya keamanan dalam Malaysia.

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (1) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Panorama Theme by ShiZone | Provided by WordPress Themes