[VIDEO] | “BN, My Choice” konsert dilancar oleh Pemuda MIC

By , May 30, 2012 10:04 pm

Lagu rasmi “BN, My Choice”

Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan dengan kerjasama Pertubuhan Artis – Artis India Malaysia dan Persatuan belia Karismatik Malaysia telah melancarkan “konsert Jelajah BN Pilihan Saya” atau “BN My Choice” yang dijadualkan bermula bulan Jun ini. Lagu rasmi konsert telah pun dilancarkan bagi menghangatkan lagi semangat dan menyatupadukan sokong rakyat kepada Kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

Jadual Konsert akan dimuat naik dalam masa terdekat. BN PILIHAN SAYA!

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (2) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

@SivarasaRasiah ‘kecut’ berdebat dengan MIC?

By , May 27, 2012 1:33 pm

20120527-125203.jpg

Isu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Effingham masih tidak reda walaupun bukti telah ditunjukkan kepada pihak pengurusan sekolah tersebut . Nampak gayanya mereka tidak mahu menerima kenyataan dan lebih bersikap bongak untuk mengelirukan rakyat dengan menganjurkan Mogok lapar dan berdemo setiap hari Sabtu gara – gara untuk meminta MIC mengembalikan 3 ekar tanah yang dikatakan telah dicuri oleh MIC. Beberapa NGO yang berpaksikan arahan Pemimpin Pakatan Rakyat cuba mempergunakan isu tanah tersebut bagi mempromokan Kerajaan Pakatan Rakyat!

Baru – baru ini Datuk Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Naib Presiden MIC telah mencabar MP Sivarasah untuk berdebat mengenai isu Sekolah Effingham namun Sivarasah tidak mahu berdebat mengenai sekolah tersebut! Kenapa? Mungkin kerana beliau tidak tahu berdebat dalam bahasa Tamil? Tidak apa, Datuk Saravanan setuju untuk berdebat dalam bahasa lain. Mungkin kerana beliau tahu bahawa MIC tidak mencuri tanah sekolah Effingham dan sebenarnya sekolah itu dipindahkan atas tanah milik MIC?

YB Sivarasa yang lantang mengkritik Kerajaan Barisan Nasional bersama mamat 300K Surendran bersikap p****n dan menolak semua cabaran MIC untuk berdebat! Ini membuktikan mereka dari puak PKR hanya pandai berjanji, menfitnah dan mencabar orang lain tetapi apabila mereka dicabar , mereka tidak mahu menerimanya. Apakah ini contoh terbaik yang boleh diberi oleh PKR atas nama ‘Keadilan’? Nasib rakyat tidak akan terbela dibawah pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat!

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

@HariBelia2012 | Jadikan Esok Lebih Baik Dari Hari Ini – Najib

By , May 27, 2012 12:02 pm

PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melontarkan cabaran kepada belia untuk menggunakan kuasa secara rasional dan bijaksana, dalam memilih kerajaan yang mampu menjamin masa depan negara.

Beliau turut  menggesa belia supaya mengawal masa depan mereka dengan mengundi kerajaan yang telah membuktikan keupayaan menerajui negara melalui perubahan progresif sejak kemerdekaan.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh menjadikan esok lebih baik daripada hari ini,” katanya.

Najib turut percaya belia di negara ini mampu menggunakan kebijaksanaan dan kecerdikan dalam melaksanakan hak-hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan dalam demokrasi negara.

“Selama beberapa generasi, belia Malaysia telah memilih kerajaan yang telah berjaya memacu negara kita ke hadapan, bukan hanya dalam satu pilihan raya umum tetapi 12.

Perdana Menteri turut mengingatkan para belia supaya tidak termakan hasutan, tidak terpedaya dengan fitnah, ucapan-ucapan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menghasut.

“Kita harus tahu memilih antara intan dan permata, siapa yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini,” katanya.

Najib mengulangi keyakinannya bahawa suara belia yang berhimpun di Putrajaya adalah suara keramat dan alunan gelombang semangat yang tahu memilih kerajaan yang benar-benar boleh menjamin masa depan rakyat.

“Hari esok lebih baik dari hari ini dan saya dah rakan-rakan anggota Kabinet yang berhimpun atas pentas, kami tak ada pilihan melainkan atas bahu kami.

“Anda semua adalah pewaris, apa yang kita lakukan agenda tak lain tak bukan nak serah sebuah negara Malaysia yang lebih baik dari hari ini,” kata Najib semasa merasmikan Himpunan Jutaan Belia 2012.

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

@HariBelia2012 | PM : Majoriti Belia Cintakan Keamanan, Bukan ‘Demo Crazy’

By , May 27, 2012 11:59 am

 

PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan majoriti belia yang hadir di perhimpunan semalam sebagai mereka yang cintakan keamanan serta tahu menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen.

Najib ketika berucap merasmikan himpunan berkenaan berkata, negara tidak mampu bergantung harap kepada belia yang ‘demo crazy‘ (gila demonstrasi).

“Kalau kita melakarkan imej seorang yang liar yang menendang anggota polis, terbaring atas jalan maka ini bukan gambaran belia yang boleh menjamin masa depan kita.

“Begitu juga dengan mereka yang sedang melonjak-lonjak atas kereta polis, bukan gambaran belia yang bersopan santun yang boleh rakyat bergantung harap untuk masa depan negara,” katanya.

Perdana Menteri turut menggariskan lima ciri belia bagi negara untuk bergantung harapan, iaitu, mereka yang cintakan keamanan, beradab, berhemah mulia, tertib dan menghormati undang-undang.

“Yang boleh jadi contoh adalah saudara saudari yang berhimpun di himpunan belia di sini. Majoriti adalah belia macam saudara saudari, jangan biarkan segelintir belia hijack agenda dan imej negara kita,” kata Najib.

“Saya nak tunjuk imej himpunan kita ini, bagaimana kita duduk dalam keadaan aman, tak ada ketakutan, tak ramai pun anggota polis.

“Polis pun agak lega, polis pun tak rasa cemas, orang ramai pun tak rasa cemas, inilah gambaran belia yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini.

“Belia bukan ‘demo crazy‘ tetapi mereka menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen, belia ada kuasa untuk menggunakan kuasa itu dengan penuh kematangan, menggunakan kuasa dengan penuh bijaksana,” kata Perdana Menteri.

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

@HariBelia2012 | HBN 2012 Capai Sasaran, Belia Semakin Bijak Dan Matang

By , May 27, 2012 11:53 am

PUTRAJAYA,26 Mei – Golongan belia masa kini lebih matang dalam membuat penilaian dalam memilih pucuk kepimpinan terbaik yang mampu memberi pembaharuan bagi menjamin masa depan mereka.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, belia semakin bijak memilih pihak mana yang lebih layak memikul tanggungjawab memimpin negara ini.

 

“ Belia yang sentiasa berada dibelakang kerajaan bukanlah atas dasar paksaan, tetapi mereka sendiri bijak membuat pilihan (memilih kerajaan),”katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2012 di sini hari ini.Menurut Najib, kejayaan negara bukan sahaja boleh diukur dengan adanya bangunan yang berdiri megah, malah ia dapat diukur dengan nilai kemasyarakatan.

“Golongan belia yang mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi adalah belia yang berhimpun secara aman, melontarkan rasa cintakan keamanan negara, beradab serta menghormati undang- undang negara dan bukan menjadi belia yang suka melakukan keganasan,” katanya disertai dengan sorakan para belia.

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.

Pada majlis yang sama, beliau telah menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Perdana Belia Negara sempena Himpunan Jutaan Belia tahun ini.


>

Tambah beliau, sasaran kementerian tercapai apabila berjaya menghimpunkan lebih kurang dua juta belia dari seluruh negeri.“Tahun lepas kita telah mencapai sasaran seramai sejuta belia dan tahun ini menterinya (Datuk Ahmad Shabery Cheek) telah berjaya menyahut cabaran saya apabila berjaya mencapai sasaran seramai dua juta belia,” katanya.
Selain itu, Najib turut berkata tema Hari Belia Negara 2012 iaitu ‘Jadilah Esok Lebih Baik Dari Hari Ini’ amat bersesuaian kerana dari semasa ke semasa pihak kerajaan telah berjaya membawa pembaharuan dan pembangunan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.
Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Panorama Theme by ShiZone | Provided by WordPress Themes