[NEWS] Kerajaan Pusat Lulus Peruntukan Untuk 4 Sekolah Tamil di Kedah @OnlineMIC

By , July 30, 2012 1:01 pm

Kerajaan Pusat Lulus Peruntukan Untuk Empat SRJKT di Kedah

PADANG SERAI: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan kepada empat lagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) di Kedah bagi membina bangunan tambahan dan peralatan serta kerja pengubahsuaian berjumlah RM7.421 juta.

Pengerusi MIC Negeri Kedah S. Ananthan berkata sekolah tersebut adalah SRJKT Ladang Victoria, Padang Serai yang mendapat sebuah bangunan tambahan tiga tingkat bernilai RM4 juta dan SRJKT Ladang Bukit Mertajam, Karangan yang mendapat bangunan tambahan dan peralatan bernilai RM2.521 juta.

“SRJKT Ladang Sungai Dingin, Mahang, pula mendapat bangunan gantian bernilai RM500,000 dan SRJKT Sungai Batu, Merbok pula untuk kerja-kerja penyelenggaraan bumbung, membaiki tandas dan pendawaian elektrik sebanyak RM400,00,” katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan MIC Pusat kepada empat tadika swasta dalam kawasan Lunas di sini, Isnin.

Setiap tadika menerima antara RM1,800 hingga RM2,400, sumbangan Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel untuk meningkatkan tahap kemudahan di tadika-tadika berkenaan.Ananthan berkata kerja-kerja merobohkan bangunan lama di SRJKT Ladang Victoria sedang dijalankan untuk memberi laluan kepada bangunan tambahan yang baharu.

Sementara itu, beliau melahirkan rasa kesalnya dengan perkembangan kerja-kerja pembinaan SRJKT Paya Besar, Lunas, yang dikatakan menghadapi masalah dengan pihak Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) berhubung kedudukan jalan masuk di situ.

“Kita harap pihak berkenaan tidak akan menimbulkan masalah melambat-lambatkan kerja-kerja pembinaan kompleks sekolah tersebut kerana perkara ini sudah lama dinantikan masyarakat India sekitar sejak beberapa tahun,” katanya.

Beliau juga berharap tiada sebarang campur tangan politik tempatan yang menyebabkan kerja-kerja projek pembinaan sekolah tersebut tertangguh. -BERNAMA 30/7/2012

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (1) Patut Dibaca (0) Boring (0)

[FOTO] @CMlimguaneng “SAMAKAN” Kuil Hindu dengan kubur?

By , July 30, 2012 12:25 pm

Selepas memusnahkan Kampung Buah Pala beberapa tahun lalu, Kini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, sekali lagi mencabar kesensiviti agama Hindu dengan pembinaan “funeral parlour project land” atau pusat pengebumian disebelah Kuil Iskcon’s Radha-Krishnan Kovil di Pulau Pinang.

Apa yang cuba dilakukan oleh Lim Guan Eng? Apakah beliau dungu atau sememangnya sengaja mencabar sensiviti Hindu? Ekoran daripada keputusan pembinaan pusat pengkebumian itu, penganut hindu mengadakan demonstrasi bantahan di kawasan yang telah diluluskan untuk pembinaan Funeral Parlour itu.

Gambar:

sumber : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=256390207811537&set=at.168883549895537.34612.100003216799619.100000148163757.100001816419751.1591352149&type=1&relevant_count=2&ref=nf

pssttt : Mana dia pejuang bangsa Malaysia? errr kemana larinya pemimpin Pakatan Rakyat yang dikatakan menjuangkan hak semua rakyat?

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (2) Informasi (0) Patut Dibaca (1) Boring (0)

[FOTO] Projek Peluang CBF disampaikan oleh MIC cc: @GPalanivel @OnlineMIC #janjiditepati

By , July 30, 2012 11:29 am

Lebih 1,000 Kanak-kanak Miskin Kaum India Dapat Manfaat Projek Peluang CBF – Palanivel

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Lebih 1,000 kanak-kanak dari keluarga miskin kaum India mendapat pendidikan prasekolah melalui ‘Projek Peluang’ Yayasan Pembina Masyarakat (CBF) yang diperkenalkan Oktober tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G.Palanivel, yang merupakan pengasas dan pengerusi badan bukan kerajaan itu, berkata sumbangan hampir RM700,000 yang diterima dibelanjakan bagi menempatkan kanak-kanak itu di tadika seluruh negara.

“Di bawah Projek Peluang ini, kita membayar RM100 kepada pengusaha tadika untuk mendidik seorang kanak-kanak miskin di bawah umur lima tahun yang diterima masuk ke tadika mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan “Projek Peluang” 2012 di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Palanivel, yang juga Presiden MIC menyampaikan bantuan itu kepada 150 tadika dari seluruh negara bagi menempatkan kanak-kanak miskin yang dikenal pasti.

Foto Majlis penyampaian Cek kepada mereka yang layak

klik untuk besarkan resolusi

pssttt: SYABAS MIC, Ini yang rakyat perlukan!

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (1) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

[Borang]Sebarkan!Pinjaman Pendidikan Pelajar India 2012 @OnlineMIC

By , July 30, 2012 11:17 am

Sesiapa yang inginkan pinjaman pendidikan bagi menampung perbelanjaan pendidikan mereka bolehlah muat turun borang ini bagi tujuan permohonan. Downloadlah sekarang!

MIED LOAN FORM

 

via : Kalingga Warriors

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Patutlah Selangor nak ambil alih SYABAS

By , July 30, 2012 11:02 am

Pada mulanya penulis hairan kenapa Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat ia – ia untuk mengambil – alih pengurusan air Selangor SYABAS selepas meneliti beberapa laporan, barulah penulis faham kenapa Kerajaan negeri Selangor bersungguh – sungguh untuk mengambil alih pengurusan syabas dan bukannya untuk menyelesaikan masalah kekurangan takungan air.

Rupa – Rupanya Kerajaan Selangor ini nak lari daripada bayar hutang kepada pihak Syabas!

Mungkin kerana Kerajaan Selangor tidak mampu atau mungkin tidak mahu melangsaikan hutangnya kepada Pihak Syabas membuatkan mereka untuk mengambil alih pengurusan Air negeri Selangor. ooohhhhhh Nak tolang hutang pastu tu “declare” profit.

pssttt : Gagal urus sampah apatah lagi urus air pulak!

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Panorama Theme by ShiZone | Provided by WordPress Themes