Sebentar tadi Ketua Pengarah JASA bertweet mengatakan Tweetup Merdeka55 berjaya mencipta rekod tersendiri.
Berikut adalah tweet beliau:
“@fuhas_tweet: Congrat & thank you to 10,128 tweeters in stadium and the rakyat whole country for tweeting record within 3,611,323. God bless Msia.”.
“@fuhas_tweet: Tahniah & t. kasih rakyat Msia seluruh negara yg tweet 1 jam #merdeka55 utk @Najibrazak sebanyak 3,611,323. Rekod tercipta. Alhamdulillah”
Syabas rakyat Malaysia! Kami bangga dengan mu!
SEED adalah Organisasi rasmi yang dilantik dibawah pimpinan Dato Sri G.Palanivel dalam pengagihan pinjaman perniagaan sebanyak Rm180 juta untuk usahawan india.
Taklimat KHAS Pinjaman SME RM180 Juta untuk Usahawan India Johor akan diadakan pada 1/9/12 jam 9.30pg di Tropical Inn Hotel, Johor Bahru. Sila ikuti berita melalui laman twitter di @seedorgmy

Tu dia, sorang lagi ahli PKR kantoi dalam skandal seks sumbang mahram seperti yang dilaporkan oleh pihak bernama. Pemimpin pembangkang yang daripada parti PKR itu ialah Saudara
Mohd Nor Yaacob dan anak lelakinya, yang kini dibawah tahanan pihak polis.
Ayuh kita tunggu ceritanya daripada pihak PKR. Kita tengok macam mana ia akan dipusingkan oleh mereka.

Tengah pagi tadi penulis berbual dengan rakan penulis yang berada di Pulau Pinang. Isu yang hangat kami bual ialah isu bocornya minit mesyuarat PKR Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Dr Mansor Othman. rakan penulis (yang merupakan ahli PKR di Pulau Pinang) mengatakan bahawa PKR Pulau Pinang sudah muak dengan pentadbiran Guan Eng yang seakan mendominasi semua hal ehwal termasuk urusan Parti Keadilan Rakyat.
Bukan sahaja, PKR, malah semua pertubuhan yang ada di Pulau Pinang perlu “memuja” Guan Eng untuk memastikan urusan mereka dapat terlaksana. Bukan itu sahaja, Parti kompenen Pakatan Rakyat seperti PAS juga terpaksa diam mulut kerana takut mereka akan “dihukum” oleh pentadbiran Guan Eng.
Continue reading 'Minit Mesyuarat Bocor : PKR muak dengan Guan Eng'»
Isunya mungkin lama tetapi objektif DAP semakin bongkar. Di saat PKR dan PAS berceramah ,DAP merancang untuk menubuhkan kerajaan mereka sendiri. bak kata, DAP sedang “MAKAN” PKR dan PAS untuk mencapai objektif mereka iaitu untuk menawan Malaysia.
Status twitter dan Facebook YB Mano Adun Kota Alam Shah tahun lepas yang mengatakan “BENDERA MALAYSIA akan ditukar setelah Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan dan juga Beliau mengedarkan Bendera DAP pada hari Kemerdekaan masih tidak lagi dilupakan oleh Rakyat Malaysia. Bagi mereka yang tidak mengetahui atau tidak melihat tweet tersebut. Ini dia printscreennya.

(Printscreen facebook Yb Mano tahun lepas)
Isu ini telah dibongkarkan oleh Blogger MIC Dhanyaraam dan telah mendapat perhatian semua pihak termasuk pihak DAP sehingga YB Mano telah dikenakan hukuman gantung keahliannya namun dimaafkan kemudian untuk “melepaskan” Lim Guan Eng.
Kini Satu lagi isu di Penang,Bendera Malaysia digantikan dengan Bendera DAP digantungkan sekeliling sekolah Jenis Kebangsaan Tamil itu.

Apakah ini yang dimaksudkan Yb Mano tahun lalu? Ini adalah sebahagian daripada usaha DAP untuk men”DAP”kan Malaysia?Apakah Bendera Malaysia Bakal digantikan dengan Bendera DAP? Apa penjelasan dari DAP? Apakah PAS dan PKR juga setuju dengan pengibarkan bendera DAP di sekolah?