Belanjawan2013 | Apa yang ShiZone harap?

By , September 28, 2012 12:32 pm

Dalam tempoh 3 jam lagi, Perdana Menteri Malaysia akan mengumumkan belanjawa 2013 yang akan menjadi perhatian semua kerana ia merupakan belanjawan yang terakhir sebelum piliharaya ke 13.

Apa yang penulis harap ialah, agar harga rumah dapat dikawal atau pembinaan rumah dibawah pantauan Kerajaan dimana ia boleh membantu semua rakyat dapat memiliki hartanah sendiri. Apa yang penulis impikan ialah dapat membeli Rumah mengikut kemampuan penulis.

Psssttt: Kalau penulis dapat beli rumah macam nie, karang i jemput you all untuk housewarming :)  

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (1) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Lelaki Hindu hina Islam DITAHAN, Pendakwah Islam Hina Hindu BEBAS?

By , September 28, 2012 10:13 am

Penulis pernah berkata bahawa penulis dan rakan – rakan penulis yang lain tidak akan sekali – kali akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang mengejek,menpersenda, mahupun menghina kepercayaan agama mana- mana kaum. Penulis tidak menukar pendapat walaupun salah seorang daripada kaum penulis ditahan pihak polis kerana posting facebooknya yang menghina  agama Islam dan Nabi Mohammad. SAYA SOKONG SEMUA PENGHINA AGAMA DITAHAN.HORMAT KEPADA SEMUA KEPERCAYAAN MASING – MASING.

Persoalan sekarang, Penulis dan rakan penulis pernah membawa isu Dr. Zakir Naik, ia itu seorang pendakwah Islam asalnya dari Mumbai India terkenal dengan pernyataan yang menghina ajaran agama lain khususnya agama Hindu,Kristian,Sikh, Buddha dan sebagainya. Beliau sentiasa mengutuk agama lain dalam setiap sesi ceramah beliau.

sila baca posting penulis terdahulu :

Innocence of Muslims VS Zakir naik : Apakah kita akan bersatu menentang “penghinaan agama”? - http://www.shizone.com/?p=2413

Oleh kerana beliau terkenal dengan kenyataan yang menghina agama lain, beliau telah dilarang memasuki beberapa negara termasuk Britian dan Canada (Toronto);

Continue reading 'Lelaki Hindu hina Islam DITAHAN, Pendakwah Islam Hina Hindu BEBAS?'»

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (3) Informasi (0) Patut Dibaca (1) Boring (0)

GEMPAR! Sivaji TURUN kempen untuk DAP

By , September 26, 2012 10:22 am

Demi satu undi, pihak pembangkang sanggup buat apa sahaja bagi memastikan mereka yang dipilih.  Terbaru DAP Senawang sanggup guna Artis Mimicker untuk mendapatkan sokong rakyat.

Lihatlah gambarnya:

Baca sumbernya di : www.dhanyaraam.blogspot.com

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (1) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Innocence of Muslims VS Zakir naik : Apakah kita akan bersatu menentang “penghinaan agama”? @KhairyKJ @weekasiongmp @tmohan18

By , September 21, 2012 9:05 am

Syabas dan tahniah penulis ucapkan kepada ketua Pemuda UMNO YB Khairy yang akan mengemukakan bantahan dihadapan Kedutaan Amerika Syarikat petang nanti bersama – sama dengan rakan parti komponen yang lain seperti Pemuda MCA, Pemuda MIC dan beberapa NGO lain. Ini menunjukkan penghinaan saudara muslim bukanlah masalah kepada yang beragama muslim sahaja malah semua rakyat tanya mengira jantina,bangsa,kaum dan ajaran agama bersatu dalam menentang sesiapa sahaja yang menghina Agama dan Kepercayaan masing – masing. PENULIS SETUJU DAN SOKONG 100% AKAN PERPADUAN KITA DALAM MENENTANG “Innocence of Muslims” BERSAMA.

Tapi penulis ingin melontarkan satu soalan kepada semua mahupun kepada pihak parti pemerintah , pihak pembangkang juga NGO dan rakyat – rakyat sekalian. Apakah kita akan bersatu padu seperti ini dalam menentang segala jenis penghinaan agama  tanpa mengira agama dan kaum ? Ini yang saya ingin tanya kepada semua sahabat kita.

Persoalan ini timbul apabila penulis diminta beberapa kawan facebook untuk memeriksa satu laman page facebook yang bernama Dr Zakir Naik dari Maharashtra, India menghina Dewa Vinayagar (Dewa Hindu) secara terang  terang di Facebook. Lihat print screennya :


Penyataan Dr Zakir Naik yang mencabar Penganut hindu untuk membuktikan Dewa Ganesha adalah Tuhan bari beliau akan makan “pemberiannya”

Bukan itu Sahaja, beliau memuat naik satu lagi gambar di laman pagenya.

Satu lagi statement / penyataan yang menghina dewa dan tuhan penganut hindu

Penyataan yang dikeluarkan oleh Dr Zakir Naik ini adalah satu penghinaan kepada penganut hindu kerana Dewa Ganesha / Vinayagar terdapat di semua kuil di dunia malah dipuja terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang upacara sembayang dan penulis merasakan bahawa beliau salah fakta dan hanya menyemai perasaan “benci hinduism” dalam sanubari manusia.

Jadi apakah kita akan bersatu dalam menentang bersama dalam isu ini? Bolehkah parti komponen Barisan Nasional MIC berdemo dihadapan Kedutaan India membantah kenyataan Dr Zakir naik dan disertai oleh semua barisan komponen parti yang lain. Tidak dilupakan juga NGO Malaysia Hindu Sanggam yang sepatutnya memperjuangkan dan menjaga adat & hal Ehwal HINDU untuk turun bersama menentang akan penyataan Dr Zakir Naik ini.

So Macam Mana?

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (12) Informasi (2) Patut Dibaca (1) Boring (2)

RASIS | Senator DAP HINA India MUSLIM!

By , September 11, 2012 9:36 am

Panas Panas Panas! pada pukul 8.43 pagi sebentar tadi, Senator DAP S. Ramakrishnan mengelarkan kaum India Muslim sebagai Melayu Tiruan / Fake Malays melalui status twitternya @rama4change. Apakah AHLI DAP yang berpangkat senator ini tidak tahu bahawa India Muslim telah lama wujud malah kebanyakkan daripada mereka juga adalah rakyat Malaysia dimana turun temurun ibadat berpaksikan agama Islam? Kenapa harus Beliau menggelarkan mereka Melayu Tiruan?

Cetakkan Tweet beliau:

Kenyataan Rasis daripada Senator Rama ini ditujukan kepada semua semua yang beragama India Muslim. Apakah ini maksud perpaduan yang diwar – warkan oleh pihak pakatan rakyat? Dengan menamakan atau membedek sesuatu kaum dengan nama jolokkan?

Atau Senator DAP ini tidak tahu maksud sebenar mamak? Silakan Google!

pssttttt: Pakatan Rakyat memperjuangkan hak semua rakyat / kaum di Malaysia? Ptui! Ini dia contohnya!

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (7) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (1)

Panorama Theme by ShiZone | Provided by WordPress Themes