AES : You suka tak suka ini, pendapat saya!

By , October 30, 2012 10:55 pm

20121030-225932.jpg


Sistem Penguatkuasaan Kamera Automatik mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak yang mengesa kerajaan untuk menghentikan pengunaan sistem kamera ini. Pada pendapat saya sistem AES tidak sepatutnya dihentikan kerana bagi saya ia mampu mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia. Pemandu Malaysia mempunyai masalah ‘atitude’ pemanduan kenderaan dimana mereka sering kali melakukan kesalahan jalanraya dengan sambil lewa. Jika tertangkap dengan pegawai polis, mereka akan merayu dengan pegawai tersebut supaya dilepaskan, pegawai polis pula bersikap lembut hati memaafkan mereka dengan syarat mereka tidak mengulanginya paling tidak pun menerima saman. Tetapi pemandu sebegini, masih melakukan kesalahan jalanraya.

Dengan adanya AES, pesalah jalanraya dapat dikenalpasti secara cepat dan tangkas. Sebagai contoh kemalangan bas yang meragut nyawa penumpang boleh dikurangkan sekaligus. Apakah anda tidak mahu? Saya pun pelik dengan alasan yang diberikan oleh pelbagai pihak yang kata AES akan menyusahkan pemandu dan rakyat malaysia. Saya nak tanya sikit. Jika semua pemandu, memandu dalam hadlaju yang ditetapkan, kamera tidak akan menangkap gambar anda dengan kereta anda. Logik? Jadi kenapa takut dengan AES?

Satu lagi sebab yang diberikan ialah menjadi mangsa keadaan. Ada segelintir katakan bahawa jika kenderaan dihadapan terlalu laju dan terlepas dari kamera AES maka kereta kedua akan ‘terkena’ dalam gambar AES. Wahai rakan-rakan sekalian, kamera yang dipasang bukanlah kamera murah murahan yang boleh didapati di Chow Kit. Kamera tersebut ialah kamera perangkap laju. Ia dibina untuk menangkap gambar kereta yang meluncur dengan laju. Jadi jangan takut. Jangan gunakan alasan semata – mata untuk lepaskan diri daripada AES.

Tapi saya juga sokong bahawa kawasan pemasangan AES perlu strategik dan kena pada tempatnya. Sememangnya pemasangan kamera AES dihadapan persimpangan traffik hospital tidak masuk akal. Maka sistem kamera ini perlu perlu dikaji dan pelan lokasi ditambah baik.


Apa yang saya cadangkan kepada pihak kerajaan dan Kementerian Pengangkutan Jalan ialah :

1) AES tidak patut dihentikan operasinya dan perlu diteruskan.
2) Lokasi pemasangan kamera AES dalam bandar perlu dikaji dan bersesuai dengan tempatnya.
3) Kamera AES yang diletakkan di lebuhraya tidak perlu dihentikan operasinya.
4) Pengampunan kali pertama dan terakhir diberikan kepada pesalah traffik AES (sekali sahaja)
5) Kerajaan mengambil alih 100% pengurusan AES ini.
6) Modul kursus memandu perlu dikaji balik dan bersesuai dengan masa kini.
7) Kerajaan harus tegas dalam ‘educating’ pemandu malaysia ini, jadikan ia sebagai teladan.


AES tidak akan menyusahkan sesiapa sahaja, asalkan mereka ikut hadlaju dan peraturan jalan yang ditetapkan. Sila mainkan peranan anda sebagai rakyat malaysia yang bertanggungjawab. Sistem AES telah digunakan dibanyak negara maju dan ia terbukti keberkesanannya dalam mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. Kenapa bagi alasan, bukankah ini untuk ‘public importance’ atau Faedah Awam.

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (2) Informasi (0) Patut Dibaca (1) Boring (2)

MP Hulu Selangor buat laporan polis terhadap Ronnie Liu

By , October 25, 2012 3:57 pm

Ahli Parlimen Hulu Selangor melalui wakilnya telah membuat satu laporan polis terhadap YB Ronnie Liu yang menuduh Projek perumahan kondo di Batu Caves diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2007 dimana P.Kamalanathan (kini YB) diantara pemimpin yang meluluskan projek tersebut. Kata YB P.Kamalanathan, perkhidmatannya sebagai ahli majlis selayang telah ditamatkan tahun 2006. Buat masa ini projek itu diberhentikan buat sementara waktu.

Puak pakatan sekali lagi menuduh kerajaan lepas! Seperti mana mereka kata dalam kes Kampung Buah Pala! Mereka akan menyalahkan semua kecuali diri mereka sendiri!

Laporan penuh akan menyusul!

20121025-155408.jpg

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

DAP SS7 BANTAI PKR SS7 supaya bantah hudud?

By , October 17, 2012 9:32 am

Isu hudud semakin panas dengan kenyataan pelbagai pihak yang membantah implimentasi hudud di Malaysia. Yang hangatnya ialah Parti DAP, dibawah pimpinan Karpal Singh sekeras – kerasnya membantah hukuman hudud ini dan ia telah mencapai ketahap dimana timbulnya perselisih fahaman antara Parti PAS dengan DAP. Parti PKR pula cuba berdiri tengah dan main selamat antara dua parti ini. Rasanya Parti DAP sudah muak dengan kerenah PKR yang suka meloloskan diri dalam semua hal, mula mendesak PKR untuk menyatakan prinsip mereka dalam isu hudud.

Terbaru, sewaktu penulis berkunjung ke Paradigm Mall, kami terserempak dengan papan tanda PKR SS7 yang telah ditampal dengan kertas berlogo DAP dan NO Hudud. Apakah ia dilekatkan oleh pihak DAP SS7 bagi mendesak PKR untuk turut serta membantah cadangan hudud tersebut?

image

Posted via Samsung TAB 10.1

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (1) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

MUST WATCH | Sangeeta Goes to School | Tamil School PSA Tamil

By , October 13, 2012 12:25 pm

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (4) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (1)

GEMPAR : PKR Negeri Selangor Desak FAEKAH Letak Jawatan

By , October 8, 2012 11:38 am

Terbukti wujudnya keretakan dalam Parti PKR dan dulu kalah mereka mengaburi mengatakan mereka baik tetapi kini persahabatan antara Faekah dan Azmin tidaklah serapat yang digemburkan oleh Parti Keadilan Rakyat.

Terbaru, hari ini PKR Negeri Selangor mengadakan Sidang Akhbar bagi mendesak Faekah meletak jawatannya dari barisan Kerajaan Selangor. Apakah ini pertempuran antara Khalid dan Azmin? Kita tunggu dan lihat!

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (2) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Panorama Theme by ShiZone | Provided by WordPress Themes