K.Rajagopal dimaki tapi “dijilat” apabila menang. Inikah semangat kesukanan Malaysia?

By , November 27, 2012 8:19 pm

Sememangnya tidak dinafikan kelemahan skuad Harimau Malaya tewas kepada Singapura dalam perlawanan bola sepak piala AFF Suzuki pada 25Hb lepas. Ya memang wujud beberapa kelemahan dalam skuad Harimau Malaya iaitu dari segi pertahanan, posisi bola, corak permainan dan pemilihan pemain yang sesuai.

Apa yang penulis kesal ialah sikap penyokong team malaysia yang memaki jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Dato . K. Rajagopal dengan perkataan yang tidak sepatutnya dalam laman facebook. Apabila Skuad Harimau Malaya menang para penyokong “menjilat” Dato K.Rajagopal dengan segala pujian dan kata – kata manis tapi apabila kita tewas, penyokong mengeluarkan perkataan rasis terhadap beliau. Apakah ini semangat kesukanan rakyat Malaysia?

 

Bukankah kita harus memberi sokongan moral, kata – kata semangat bagi membolehkan skuad Harimau Malaya memperbaiki corak permainan mereka dalam permainan yang akan datang. Jangan lupa juga skuad pemain singapura ramainya pemain import yang dibeli dengan kerakyatkan singapura, maka berbanggalah Kita telah kalah bermain dengan anak – anak tempatan!

Pssstttt : FAM BANGSAT KE ATAU PENYOKONG?

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (1) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

GEMPAR | DAP Klang mempunyai bukti Video Teoh Beng Hock Jatuh? @PDRMsia sila siasat!

By , November 26, 2012 2:12 pm

Penulis sempat cetak skrin dari Facebook MP Klang yang menjemput rakyat untuk menghadiri ceramah “POLITIK” yang bertajuk “Hentikan Keganasan Kerajaan“. Dalam Majlis ini juga dipercayai akan ditayangkan Video Teoh Beng Hock “Jatuh”. Apakah ia bukti video Teoh Beng Hock “jatuh” dari Plaza Masalam beberapa tahun lepas?

Peliknya Video ini ditayangkan di Pendamaran iaitu kawasan YB Ronnie Liu yang “dipercayai” mempunyai kaitan dengan kes bunuh diri Teoh Beng Hock? Calon baru untuk kawasan pendamaran?

Polis Diraja Malaysia harus siasat benarkah DAP klang mempunyai Video Teoh Beng Hock “Jatuh”, mungkin ia adalah bukti penting yang dimiliki oleh pihak pembangkang, yang disembunyikan untuk kepentingan politik mereka!

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Pendapat Penulis : @JoKukathas perlu sedar “Audience-nya ” bukan warga Malaysia

By , November 24, 2012 4:00 pm

Setiap individu mempunyai pendapat dan luahan hati masing – masing dan mereka berhak untuk menyuarakan pendapat mereka dalam apa jua cara pun. Asalkan ia tidak melebihi batasan dan mendatangkan masalah kepada orang lain. Jo Kukathas pun tidak kurang hebatnya yang lantang menyuarakan pandangan beliau melalui sketsa komedinya, namun saya rasa beliau perlu peka dan fahami jenis “Audience”-nya sebelum beraksi.

Ya, Malaysia ialah negara kita dan ia mempunyai masalah khususnya diantara kita dan parti politik di Malaysia. Itu sahaja masalah kita dan ia boleh dan harus diselesaikan antara kita. Bukan memalukan Kita dan negara kita kepada pelawat – pelawat dari luar negara. Ini yang penulis bangkang.

Pada 20 November lalu, penulis menghadiri Majlis Gala Night yang dianjurkan oleh BeaconHouse International, iaitu satu majlis diantara pendidik yang datang ke Malaysia untuk menghadiri Persidangan Kemuncak “School of Tomorrow”. Jo Kukathas dijemput sebagai penghibur yang juga acara terakhir dalam majlis makan malam tersebut.

Jo Kukathas memulakan acaranya dengan kawasan Sentul, melabelkan ia sebagai kawasan “PANAS” dimana penduduk di sana akan merompak bank daripada menabung, bagaimana dia tidak belajar sewaktu zaman persekolahannya, bagaimana dia menyindir gurunya. Bukan itu sahaja, dia juga menanyakan asal – usul Melayu yang tiada negara, menggelarkan Komuniti cina sebagai mata sepet, dan orang india sebagai komuniti yang sensitif dan suka minum racun. Bukan itu sahaja, dia juga mengatakan Malaysia tidak mempunyai “hair spray” yang secukupnya kerana Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah menggunakannya. Lagi satu isu yang dihebohkan ialah, isu liwat Dato Sri Anwar Ibrahim dimana Malaysia suka hebohkan isu liwat manakala Dr Chua pula boleh jadi Presiden MCA. Akhir Sekali, Jo Kukathas berkata tradisi india adalah kepercayaan karut dimana seorang gadis yang mempunyai Dhosam (masalah horoscope) perlu berkhawin dengan batang pokok pisang dulu sebelum mengahwini lelaki lain.

Tradisi ini memang diamalkan turun temurun bagi sesiapa yang mempunyai masalah Horoscope dan terdapat bukti dimana pasangan yang engkar dengan tradisi ini, salah satu di antara mereka akan meninggal dunia. Kalau sesiapa nak pastikan kesahihan ini, bolehlah anda merujuk kepada Iyer di Kuil hindu.

Para hadirin di majlis ini yang kebanyakkan rakyat malaysia tidak berpuas hati dengan kenyataan jo yang saya percaya mengguris hati delegasi pendidik dari Malaysia. Malah saya sendiri terguris dengan gurauan dia yang agak keterlaluan dan tidak kena pada tempat. Lebih memalukan ialah, CEO Beaconhouse, Mr.Kasim Kasuri juga mengatakan beliau sedikit susah hati dengan lawak Jo dalam ucapan penutupannya pada keesokan harinya.

Nasihat saya, Jo Kukathas berhak untuk bergurau senda mengenai Malaysia, Komuniti dan Pemimpin tapi ia sepatutnya kena pada tempatnya. Jika Jo berbuat demikian dalam majlis yang dihadiri oleh semua warga malaysia ini tidak menjadi isu tetapi cuba bayangkan kesemua ini diaksikan hadapan delegasi luar negara lagi lagi dihadapan golongan pendidik dari seluruh dunia. Apa yang mereka akan terfikir dengan negara kita? Bukankah ia bagaikan ludah dimuka kita sendiri?

Saya rasa Jo perlu peka mengetahui golongan “Audience”-nya dulu sebelum acaranya. Jika Audience-nya bukan warga negara malaysia, maka gurauanya atau konteksnya perlulah meyanjungi Malaysia. Kita mahu pelawat berasa bangga dengan negara kita. Persidangan itu mengenai School of Tomorrow dan bukannya politik, Masalah dalaman negara, kita selesaikan antara kita, bukan dijadikan gurauan. Jo juga perlu ingat beliau dibayar oleh Syarikat Malaysia, yang dimana hampir 60% sekolahnya diajar oleh guru berbangsa india untuk menghiburkan para hadirin yang juga terdiri daripada rakyat malaysia. Bukan semua orang akan mengambil gurauan anda sebagai gurau, ayat perlu dijaga bagi memastikan kesinambungan kemuafakatan antara pelbagai kaum disini dapat diimbangi. Kita bukan Amerika atau Singapura.

Harap Jo kukathas faham luahan hati penulis dan terima kritikan dengan hati yang terbuka.

“If life makes you Bitch, you become a bigger bitch” – Jo Kukathas, Gala Night, Beaconhouse International, School of tomorrow conference 2012

Apakah ayat ini sesuai digunakan dalam majlis makan malam pendidik antarabangsa? Yeeeaaaahhhhhhh

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Kuil dalam rumah diroboh oleh PBT Pakatan Rakyat? Mana Hindraf? Mana @jayathas?

By , November 24, 2012 2:14 pm

Sewaktu Kerajaan Selangor dibawah pimpinan Barisan Nasional, Hindraf secara khususnya mengkiritk dan menuduh bahawa kuil – kuil hindu yang dirobohkan oleh PBT adalah usaha Barisan Nasional untuk menghapuskan “orang india” atau “ethnic Cleansing” dari Malaysia.

Pakatan Rakyat ketika itu berjanji tidak akan menrobohkan mana – mana kuil jika mereka mengambil alih Kerajaan Negeri khususnya di Negeri Selangor. Hindraf ketika itu bagaikan “Kambing” mengangguk – angguk setuju.

Namun Apakah yang berlaku setelah mereka menubuhkan Kerajaan? Kerajaan negeri Selangor yang rasis sanggup mengarahkan PBT untuk terus merobohkan kuil tidak kira samaada ia dalam Rumah atau di tanah haram.

Terbaru, 2 hari lepas kuil yang dibina dalam rumah (parking porch) dirobohkan oleh PBT Sepang! Kurang Ajar namanya! Suka – Suka masuk rumah orang dan terus pecahkan kuil adalah sesuatu yang tidak boleh diterima!

Apakah ini yang dimaksudkan oleh Pakatan Rakyat yang dikatakan akan membela nasib komuniti india di Malaysia?

Dimanakah “Kambing-Kambing” Hindraf yang dulunya angguk untuk semua janji yang ditabur oleh Pakatan rakyat? Lagi kuil diroboh? Tak malukah Hindraf?

HINDRAF tak mencapai apa yang dijanjikannya jika Pakatran Rakyat ambil alih Kerajaan Selangor tapi NAK SAMBUT ULANG TAHUN KE 5 HINDRAF? Apa yang kamu telah cabut capai dalam masa 5 tahun ini? Apakah Anwar Ibrahim, sudah menunaikan apa yang dijanjikannya dalam PRU12 lepas?

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (2)

DAP lwn DAP : Ronnie Liu digesa letak jawatan oleh Adun DAP

By , November 21, 2012 1:50 pm

Adun Kota Alam Alam Shah, YB Manoharan mencabar Ronnie liu untuk letak jawatan sekiranya masalah projek pembinaan kondominium di Batu Caves tidak diselesaikan secepat mungkin. YB Mano menekankan bahawa pembinaan itu tidak sesuai kerana kawasan Batu Caves sudah wujud lebih seratus tahun dan ia perlu dilindungi. Kerajaan Negeri sepatutnya sudah mengambil langkah proaktif dengan membatalkan projek tersebut walaupun membabitkan sebarang jenis kos.

Bagus Akhirnya YB Mano yang selalu buat statement bodoh hari ini telah bersuara untuk perkara sepatutnya. syabas kami ucapkan walaupun kami sedar bawah YB Mano akan digugurkan dalam line up Pilihanraya Umum 13 nanti.

sumber: http://www.nst.com.my/latest/manoharan-challenges-ronnie-liu-to-resign-if-fail-to-address-batu-caves-condo-project-1.173984?localLinksEnabled=false

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Panorama Theme by ShiZone | Provided by WordPress Themes