Janji lupuskan PTPTN saja tidak cukup, bolehkah PR……

Sambungan…

Sepertimana yang kita tahu Pakatan Pembangkang berjanji akan memansuhkan atau lupuskan semua hutang pinjaman pendidikan PTPTN jika mereka diberi peluang untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Mereka berkata kadar hutang pinjaman pendidikan membebankan para graduan tetapi apakah hanya hutang PTPTN sahaja yang membebankan graduan? Apa hutang – hutang yang lain sebenarnya membebankan graduan yang telah pun memasuki alam perkerjaan.

Antara hutang yang paling membebankan semua orang ialah :

Hutang kad kredit merupakan beban yang ketara dikalangan masyarakat khususnya para graduan. Ada yang diistiyarkan muflis atau disenarai hitamkan oleh kerana tidak dapat membayar hutang Kad kredit.Apakah Pihak Pakatan Pembangkang sudi untuk lupuskan semua hutang kad kredit jika mereka mengambil alih kerajaan?

Beban hutang yang kedua ialah :

Pembayaran balik pinjam kenderaan. kemudahkan dan keistimewaan yang diberi kepada para graduan dimana para graduan boleh menggunakan Sijil diploma atau ijazah mereka untuk mendapatkan pinjaman kenderaan. Ada yang diantara mereka tidak mampu memiliki kereta namun pinjaman tetap diberi atas kemampuan mereka. Kadar faedah yang berbeza berbanding waktu menyebabkan ada yang membayar lebih. Apakah Kerajaan Pakatan Pembangkang mampu melupuskan semua hutang kenderaan kami? ia pun membeban juga

Beban yang ketiga dan yang paling penting

Pinjaman perumahan juga membebankan para graduan. macam mana pula dengan itu? mampukah Kerajaan Pakatan Pembangkang melupuskan semua hutang atau menyenarai putihkan semua peminjam yang tidak melangsaikan hutang perumahan mereka?

Semua bebanan diatas telah melalui prosedur yang sama dimana semua peminjam diberi terma dan syarat sewaktu membuat permohonan dan semua permohonan diluluskan setelah peminjam menandatangai semua surat perjanjian. Jadi jika hutang kad kredit, kereta dan perumahan tidak dapat dilupuskan sama juga dengan hutang PTPTN yang telah ditandatangi oleh peminjam sendiri. Tidak kira Pinjaman swasta mahupun dibawah agensi kerajaan, hutang tetap hutang! kena langsai juga.

Okaylah sekurang – kurangnya bolehkah Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh pembangkang menghapuskan semua hutang peminjam pendidikan dari Yayasan Selangor atau melupuskan cukai tanah yang membebankan seluruh rakyat?

pssstttt : Saya cabar pemimpin pembangkang berjanji untuk hapuskan semua bebanan ini yang menyusahkan rakyat. Bila tiba bab janji kita kena ingat juga JANJI 16SEPT. Kalau Pembangkang tidak boleh berjanji baik diamkan diri! Jangan duk nak kelirukan orang!

Print Friendly
Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (3) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

This entry was posted in Bersih 2.0, DAP, Gerakan, Kebajikan, Mahasiswa, News, NGO, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, PRU13, Rakyat, Selangor and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>