‘Panglima’ Hindraf edar risalah tapi ‘diludah’ penganut hindu

Adakah anda mengenali Hindraf atau mindraf yang juga dikenali sebagai Indraf dan skrg dipanggil dengan nama Endraf? NGO yang tidak berdaftar itu pernah mengumpulkan sejumlah masyarakat india pada 25 november 2007 bagi menuntut 18 perkara untuk komuniti india. Namun begitu, 5 pemimpin pengasas telah pun berpecah dan mengikut haluan masing masing. Ada segelintir daripada 5 pengasas hindraf, cuba menggunakan sokongan komuniti india untuk mendapat tempat dalam politik pembangkang.

Terbaru, Sewaktu upacara sembayang dijalankan di Kuil Kottemalai Plliyar, Kuala Lumpur pagi ahad lepas, kelihatan beberapa kuncu – kuncu dari serpihan hindraf ini mengedar risalah majlis sambutan ulang tahun ke5 demo hindraf yang akan diadakan akhir bulan nanti.

20121121-132927.jpg

Lihatlah sendiri kelibat – kelibat mereka mengedar risalah. Dengan mengenakan baju ‘blacklabel’, memakai ‘side bag’ along, kaca mata hitam, menjerit jerit diluar kuvl sewaktu upacara sembayang sememangnya tidak boleh diterima sama sekali. Apakah mereka ini yang akan memperjuangkan nasib rakyat atau komuniti india? Saya kuatir. Budak belasan tahun yang mengedar risalah ini tidak tahu langsung apakah perjuangan hindraf, siapa pengasasnya tetapi yang hanya dia tahu, “vangge anne,masuk kudungeh, poraduvom, cari makan panne udemathangeh, samuthyum siralinghi poirum,matruvom vanggeh” (terjemahan; mari abang, sila hadiri majlis ini, skrg india tak dpt cari makan, komuniti kita semakin hilang, jom ubah)

Tapi apa reaksi rakyat dan komuniti india yang hadir? Mereka tidak mengendahkan langsung dengan jertan propaganda hindraf, malah ramai antara mereka membuang risalah hindraf tidak jauh dari tempat ‘promoter’ hindraf.

20121121-133245.jpg

Syabas saya ucapkan kepada masyarakat india yang menolak sehabis habis puak hindraf. Agak mereka pun sudah muak dengan segala fitnah mereka yang telah memesongkan ramai komuniti india. Dulunya mereka kata, hindraf adalah berasingan dan tidak bermotif politik selepas mereka sertai parti PKR, temberang mereka habis pecah.

Yang dilakukannya ialah propaganda politik pembangkang tapi disasarkan dikuil dan pusat2 ibadat. Ini patut dihindari sekeras kerasnya. Bagi mereka yang telah pun mendapat risalah dan berhasrat untuk menghadiri majlis tersebut, sila tanya satu soalan kepada pihak penganjur. Apakah semua 5 pengasas hindraf akan hadir bersama, duduk semeja,sebaris dan berkomunikasi sesama mereka?

Kalau mereka gelabah nak jawab, anda tahu jawapannya.

Print Friendly
Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

This entry was posted in Kaum India, Kebajikan, MIC, News, Pakatan Rakyat, PKR, Selangor. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>