Banner Bawani BAHAN POLITIK PKR Batu Caves!
Nampak gayanya Pakatan Rakyat sudah mula menggunakan Bawani sebagai “kuda tunggangan” mereka untuk publisiti PRU 13 nanti. Terlebih dahulu penulis dengan terang – terang ingin menegaskan bahawa kebebasan bersuara adalah samarata untuk semua dan tindakan “mencatas” peluang beercakap adalah salah sama sekali walaupun data yang diberikan bawani adalah salah. Ini jelas dengan beberapa pemimpin pakatan rakyat yang mula memberikan perhatian sepenuhnya terhadap bawani supaya dapat memacu populariti bawani kepada kemenangnya Pakatan Rakyat pada PRU nanti.
Taktik terbaru PKR:
Apakah banner ini perlu? Lebih – lebih lagi ketika waktu perayaan Thaipusam. Lainlah kalau Bawani ucapkan salam thaipusam kepada semua, tapi ini sudah terang – terang gambar dia menjadi alat propaganda pakatan rakyat.
Apakah hanya dia sahaja yang pernah bersuara? Atau publisiti ini hanya semata- mata untuk meraih sokongan masyarakat india yang datang ke perayaan Thaipusam. Jangan lupa sebelum video forum itu menjadi viral , Bawani ini asalnya dari parti PSM iaitu daripada Parti Pakatan Rakyat. Itu sudah cukup untuk menjadikan Bawani menjadi alat publisiti PR.
Pakai buang adat Pakatan, lepas populariti merundum tak kira sesiapa sahaja, mereka akan digugur dan dilupakan. Saya harap bawani sedar dan berfikir matang dalam membuat sebarang keputusan.



Kebodohan yg melampau..
At least one of our junior malaysian indian fame.
At lease there an junior malaysian indian in fame..kudus to her..
What have she done for the indian community? do tell me? I'm kinda awkward here.