Chin Peng meninggal dunia 16 Sept, bukan Wira Negara

chin-peng-0001-smallChin Peng, Setiausaha Parti Komunis yang pernah menghantui Tanah Melayu dulu, meninggal dunia hari ini di bangkok. Ramai pemimpin penbangkang menggelarkan Chin Peng sebagai hero Malaysia kerana mereka mengatakan bahawa Chin Peng berjuang untuk melepaskan gengaman kuasa British. Chin Peng juga pernah mengatakan hasratnya untuk balik ke Malaysia, namun Kerajaan Malaysia tidak membenarkan sama sekali untuk dia pulang ke negara ini. Kenapa? Keganasan yang dilakukan Chin Peng dan kunco – Kunconya di Tanah Melayu tidak boleh dilupakan begitu sahaja. Kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Malaysia dulu bukan mudah untuk pudar dari ingatan mereka. Cuba Lihat Gambar ini

komunisGambar yang anda lihat ini bukanlah gambar mangsa rogol Askar Jepun tetapi  mayat mangsa rogol Askar komunis yang kejam. Wanita dan kanak kanak seharusnya tidak menjadi sasaran sewaktu peperangan. Itu satu perjanjian tidak bertulis antara sesama pejuang namun selepas askar jepun, anjing komunis menjadi rakus sehingga menghancurkan masa depan gadis dan kanak kanak yang kecil. Apakah pemimpin yang menjadikan Tanah Melayu ini sebagai neraka harus dibenarkan balik ke Malaysia? Tepuk Dada anda, tanyalah diri masing masing.

FAKTA SEWAKTU PEMERINTAHAN CHIN PENG

  • Sejumlah 1,444 orang anggota polis telah terkorban, manakala 1,883 lagi anggota polis telah cedera angkara PKM.
  • Seramai 2,558 orang awam terbunuh dan 1,490 orang awam cedera akibat kekejaman komunis.

Bagi saya, Chin Peng yang melarikan diri ke Bangkok untuk mendapat perlindungan, memang patut meninggal di sana. Dia lari kerana takut akan dijatuhkan hukuman di Tanah Melayu. Chin Peng jika benar perjuangannya adalah untuk membebaskan Malaysia, harus berjuang bersama pemimpin Malaysia. Bukan menjadi dalang dan membunuh anggota keselamatan negara sendiri. Chin Peng sewaktu lari memang sudah memutuskan untuk meninggalkan Malaysia, maka dia tidak seharus pulang sampai bila bila pun. Sekarang, dia telah meninggal dunia, kalau boleh ABUnya jangan dibiarkan masuk dalam tanah Malaysia. Balasan kepada kekejaman KOMUNIS!

Print Friendly
Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

This entry was posted in Lain - lain, News. Bookmark the permalink.

2 Responses to Chin Peng meninggal dunia 16 Sept, bukan Wira Negara

  1. Nor Azhar Hamzah says:

    Petunjuk Allah swt, betapa Malaysia benar-benar MERDEKA dan BERSATU dengan sempurnanya atas kematian Chin Peng si pengkhianat besar negara… Alhamdullilah Ya Rob.

  2. Ismail says:

    dnt talk bullshit.for me chin peng is freedom fighter who free this country..well talking about the picture does nt proof tht communist has done tht,it could be done police or army also???then blame on communist…u ppl are talking as u have seen it live ???u guys are educated but mentality are bloody typical..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>