Kedai Runcit jual ARAK dibawah “jagaan” Khalid Samad?

MP Shah Alam YB Khalid Samad atau lebih dikenali sebagai Khalid Carlsberg yang pernah berjanji untuk menutup kilang pengeluaran bir di Shah Alam sewaktu pilihanraya 2008. Ekoran kegagalannya untuk menutup syarikat tersebut maka cadangan untuk mengharamkan arak atau alkohol di Selangor khususnya kawasan majoriti kaum melayu diluluskan oleh kerajaan negeri selangor dimana kedai – kedai dilarang menjual arak. Antara kedai yang akur pada arahan kerajaan negeri adalah kedai serbeneka 7 Eleven yang khususnya dikawasan shah alam tidak lagi menjual arak.

Ini membuatkan YB Khalid megah dan dengan rasa bangganya mengumumkan bahawa tindakan sedang diambil untuk mengharamkan arak di Selangor dan PBT dikawasan parlimennya antara yang pertama memutuskan larangan penjualan arak.

Maklumat yang saya terima dari penduduk kawasan seksyen 16 shah alam, Sebuah kedai runcit menjual minuman arak dan alkohol adalah dibawah kawasan ‘jagaan’ YB Khalid samad? Betul ke YB? Selepas menerima maklumat ini penulis bergegas ke kedai yang dimaksudkan untuk membuat risikan dan mendapati apa yang dilaporkan adalah benar. lihat bukti yang dipaparkan

Peti ais dimana tin – tin arak dipamer dan dijual secara terbuka kepada orang awam

Gambaran secara dekat bagi memastikan benar – benar yang dijualnya adalah arak.

Kedai¬† “jagaan” kawasan MP Shah Alam yang menjual arak dan minuman beralkohol (*Sebahagian daripada nama kedai itu terpaksa dikaburkan atas permintaan pelapor)

Ini ke cara MP Shah Alam “MENJAGA” kawasannya? Sampaikan Kedai arak dikawasan dia pun tak perasan apatah lagi bermimpi untuk menjadi pemimpin tertinggi pas? Inilah akibatnya apabila sibuk menganjur jamuan makan sahaja tetapi kawasan jagaan dilupai!

klik link ini untuk baca kenyataan arak YB Khalid dalam blognya

click sini¬† ———->Khalid_blog <———- click sini

YB Khalid Samad tidak layak untuk menjadi MP Shah Alam kerana beliau gagal menunaikan janji pertamanya iaitu untuk menutup kilang arak di shah alam dan kedua beliau gagal memastikan kawasan parlimen beliau bebas arak. JANGAN ASYIK BERJANJI SAHAJA BILA TIDAK DAPAT DITUNAIKAN

psssstttttt: Bir – bir dalam jamuan YB Shah Alam anjurkan itu di sponsor dari kedai ini ke? Patut tak kena tindakan undang – undang negeri? sebab YB Shah Alam “JAGA” kot?

Print Friendly
Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (1) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

5 Responses to Kedai Runcit jual ARAK dibawah “jagaan” Khalid Samad?

  1. abc says:

    aduhai….. kamu ni asyik target isu kecil aje. lu tau tak kilang carlsberg shah alam ni dirasmikan oleh pm razak, ayah najib dulu. lagipun, anak mahathir, mirzan adalah pemilik majoriti kilang arak filipina san miguel. lagipun, kuasa untuk menutup kilang atau tarik lesen jatuh di bawah kuasa kerajaan persekutuan, iaitu suruhanjaya syarikat malaysia. kalau banding dengan kedai runcit yang sekadar jual beberapa tin arak sehari dengan kerajaan bn yang bagi lesen arak kat carlsberg yang satu hari mungkin jual ribuan tin, siapa yang lebih dosa? sila jawab wahai penulis……..

  2. abc says:

    aik…… mana pergi komen yg saya letak tadi??? ko tarik keluar ye??? tak berani nak jawab ye….. penakut…… pengecut……

    • shashi says:

      Penulis bukanlah seorang pengecut. sistem komen blog penulis memerlukan moderasi komen dari admin supaya penulis tahu setiap komen yang masuk. nak jawab komen saudara / saudari. mungkin pemimpin terdahulu membuka kilang arak dan ada yang diantaranya mungkin membuka kilang diluar negara seperti yang dikatakan oleh saudara / saudari tanpa fakta. penulis menulis berdasarkan janji yang dilemparkan oleh YB Shah Alam yang berjanji akan menutup kilang tersebut. bukan itu sahaja, YB shah alam bangga dengan larangan menjual arak di shah alam tetapi dikawasan YB sendiri terdapat kedai arak. bagaimana untuk justifikasikan tindakan tersebut? cuba baca link yang penulis sediakan,baca sendiri apa yang YB tulis di blog beliau. Penulis bukanlah tembak membuta tuli, isu walaupun sekecil mana pun ia tetap isu. persoalan saya dimana pendiri YB Shah Alam?

  3. abc says:

    ok. kalau nak fakta, rujuk website ini. siap ade gambar lagi http://www.malaysiawaves.com/2010/04/majlis-perasmian-kilang-guiness-1968.html di mana tunku rahman sendiri rasmi kilang guiness. tersilap rujuk kilang carlsberg tadi. pasal mirzan pulak, rujuk sini http://people.forbes.com/profile/mirzan-mahathir/29249. untuk san miguel pulak, google jer nama you akan tau ni kilang buat arak terbesar di filipin. kalau u orang matang, patut kecoh kat isu yang lebih penting. macam pkfz, projek lembu, beli submarine, beli kapal npv. sekadar satu kedai runcit jual beberapa tin arak pun lu mau highlight….. malaysia ni banyak isu, tak habis-habis nak jawab. baik highlight yang isu besar yang menjahanamkan negara…….

    • shashi says:

      Saya keliru sama ada you faham atau tidak. Masalah disini bukanlah siapa yang buka kilang atau siapa yg mempunyai kilang arak. Tetapi janji YB khalid untuk menjadikan kawasan shah alam bebas dari arak khususnya kedai kedai tidak seharusnya menjual arak di shah alam bukanya kilang.

      Penulis ingin tahu bila YB Khalid kata kawasan shah alam bebas dari arak kerana semua kedai telah diarah untuk melarang menjualan arak tetapi penulis telah buktikan adanya kedai dibawah kawasan YB masih jual arak. Daripada saudara bertikam lidah dengan saya baik minta YB shah alam ambil tindakan yang sepatutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>