Posts tagged: Anuwar

MP PAS kata “THAIPUSAM Demonstrasi Jalanan orang Hindu”?

By , June 21, 2012 11:59 am

Maaf kerana lambat membawa isu ini, penulis sibuk dengan beberapa tugasan kerja tapi walau betapa lambat pun isu kenyataan YB Salahuddin dari Parti PAS kononnya dari parti komponen Pakatan Rakyat yang menyamakan Perayaan Thaipusam dengan Demonstrasi Jalanan.Perayaan Thaipusam adalah “demonstrasi jalanan hindu”?

Sebelum itu saksikan video yang tersebar di youtube akan kenyataan YB salahuddin yang mengaitkan Perayaan Thaipusam adalah salah satu contoh Demonstrasi yang boleh menarik pelancong? Biar betul YB?

Video :

Penulis mengkritik hujah YB Salahuddin yang saya boleh kata “buta agama lain” dengan menyamakan satu perayaan atau perarakan sembayang yang boleh disamakan dengan Demonstrasi Jalanan. Apakah YB SALAHuddin cuba maksudkan bahawa semua penganut hindu yang penyambut thaipusam adalah puak pelampau sama seperti BERSIH?

Untuk pengetahuan Yang Bahlul oppss Yang Berhormat, Perarakan dan Perayaan Thaipusam adalah ritual keagamaan dan perarakan kuil adalah dengan kebenaran atau permit yang diluluskan oleh pihak berkuasa.Jikalau pihak berkuasa membatalkan permit perarakan, maka pihak kuil tidak akan sekali – kali meneruskan perarakan tersebut. Apakah ini sama dengan Demonstrasi Jalanan Bersih? Walaupun permit tidak diluluskan dan Mahkhamah telah menolak permohonan berhimpun, puak pelampau Bersih tetap berdegil mahu berdemo di Jalanan. Sama dengan Thaipusam?

Saya bingung dan keliru namun apakah intipati sebenar kenyataan yang dikeluarkan oleh YB tersebut? Apabila Perayaan Thaipusam iaitu satu perayaan yang dirayakan oleh penganut beragama hindu untuk menunaikan nazar mereka kepada Dewa Muruga disamakan atau diadilkan dengan demonstrasi Bersih yang dianjurkan oleh Dato Ambiga tapi diketuai oleh Dato Sri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Anugerah Tuhan adalah sama. Apakah YB Salahuddin samakan Dewa Muruga dengan “Anugerah Tuhan” Anwar Ibrahim? Apakah itu maksud YB?

Ini bukan satu hal remeh-temeh yang boleh dilepaskan begitu sahaja, saya pohon Malaysian Indian Congress akan bersuara meminta penjelasan daripada kenyataan YB tersebut. Bukan sahaja MIC, malah penulis memohon agar semua parti Politik seperti Makkal Sakti, PPP, Gerakan, NGO seperti Hindu Sangam dan bangkit menentang kenyataan debat YB Salahuddin. sekurang – kurangnya tunjuklah anda masih hidup dan mengambil tindakan sewajarnya dengan kenyataan yang lebih menyelarkan keagamaan hindu.

pssstttt : Dengar kata beberapa pemimpin india akan membuat laporan polis terhadap Yb Salahuddin. Baguslah!

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (2) Boring (0)

@nsurendrann “dikantoikan” lagi?

By , May 3, 2012 12:43 pm

N.Surendran , Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat sekali lagi dikantoikan oleh pihak MIC akan tuduhanya tidak berasasnya. Dalam tuduhan terbaru Saudara Surendran mengatakan seorang pelajar SPM 2012 diberhentikan sekolah kerana tidak mempunyai Kad Pengenalan biru dan pelajar itu tidak boleh mengambil peperiksaan SPM tahun ini. Pelajar yang bernama B. Reshina menjadi isu apabila MIC mencabar Surendran yang menuduh terdapat lebih 300,000 kes masyarakat india yang tidak mempunyai pengenalan diri yang tidak diselesaikan oleh MIC menerusi program MyDaftar.

Berbalik kepada tuduh N.Surendran yang mengatakan pelajar tersebut tidak boleh mengambil SPM 2012 dengan menggunakan Kad Pengenalan merah. ShiZone akan bongkarkan penipuan dan kekelentongan dari Parti Keadilan Rakyat tersebut.

lihat printscreen ini.

*sumber printscreen ini diperoleh dari laman web Lembaga Pelajaran Malaysia

Ini adalah sistem pendaftaran online bagi pelajar SPM dan dipercayai calon bernama Reshina itu boleh menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 dengan menggunakan IC merahnya. Tiada mempunyai sebarang masalah dan ia buktikan lagi dengan kenyataan akhbar dilama Pelajar tersebut boleh menduduki Peperiksaan tersebut. Cuba fikirkan bagaimana pelajar tersebut menduduki Peperiksaan UPSR dan PMR dengan menggunakan Kad Pengenalan Merah tersebut? Jika kedua – dua peperiksaan itu boleh diduduki tanpa sebarang masalah, saya percaya untuk menduduki peperiksaan SPM tidak mustahil juga.

Tuduhan liar dari parti pembangkang sememangnya tidak berasas. Jika saya dan ramai lagi masyarakat India termasuk pemimpin india pembangkang boleh mendapat Kad Pengenalan biru tanpa sebarang masalah mungkin terdapat masalah serius dalam keluarga Reshina dimana ia menjadi kekangan kepada beliau untuk mendapatkan Kad Pengenalan Biru.

Cuba cari dimana kesalahannya dan betulkan ia, tampilkan kedua – dua ibubapa pelajar tersebut dengan maklumat pengenalan diri yang sahih dan juga sijil perkhawinan mereka berserta surat beranak pelajar tersebut yang membuktikan bahawa Reshina benar – benar lahir kepada mereka. Ini cukup untuk membolehkan pelajar tersebut untuk mendapatkan kad pengenalan biru. Tetapi adakah pihak pembangkang sudi bercakap benar? Sebab JPN tidak akan menolak sebarang permohonan sewenang – wenangnya tanpa sebab.

Baca isu ini juga – Melayu tanpa identiti  -> http://www.dhanyaraam.blogspot.com/2012/02/mesti-baca-bukti-melayu-tanpa-identiti.html

pssttttt : Masalah IC/BC kena berjumpa dengan Menteri Keselamatan dalam Negeri yang mengisukan atau Ketua Pengarah Pendaftaran bukannya ditempat lain.

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (1) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (1)

#Bersih 3.0 : Tapak politik pakatan dan jualan “FITNAH”!

By , April 30, 2012 8:41 pm

Maaf kerana lambat mengemaskini blog, seperti yang ShiZone janji akan kami bongkarkan semua tipu helah Pakatan Pembangkang yang mempergunakan BERSIH 3.0 sebagai tapak berpolitik. Tapi dalam posting ini agak menarik kerana ada juga yang menjadikan kawasan tersebut sebagai tapak jualan baju “fitnah“. Urusniaga ini berlaku dilorong Masjid India bagi mengelakkan dikesan oleh pihak DBKL pada hari bersih 3.0 dianjurkan.

Nie gambarnya!

Perhatikan secara dekat apa baju yang dijualnya untuk peserta demo.

Baju ABU dan Abolish PTPTN dijual semurah Rm10 ringgit bagi semu peserta bersih dan juga kepada anak muda yang lalu lalang kawasan tersebut. Orang sibuk demo orang pakatan nak cari makan pula dalam waktu waktu sebegini. dah orangnya pakatan macam mana lagi…..

Psssttt : Siapa nak tahu Modus Operandi Bersih 3.0? nantikan dalam posting yang akan datang!

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

GEMPAR! @nsurendrann “kantoi” dgn @Tmohan18 buat Press Conffrence cover diri?

By , April 25, 2012 11:35 am

Ahad lepas N Surendran Naib Presiden PKR yang dilantik oleh Anwar Blues dicabar oleh  Menteri Sumber Manusia Dato Seri Subramaniam yang juga timbalan presiden MIC dan Ketua Pemuda MIC, T.Mohan untuk membuktikan dakwaanya terdapat lebih 300,000 masyarakat india  di malaysia yang tidak mempunyai Surat lahir dan Kad Pengenalan.

Bukan itu sahaja, setiausaha MIC Saudara S.Murugessan juga berkata bahawa MIC akan menghantar wakil ke pejabat Surendran pada 26 April 2012 ,11am untuk mengambil data 300,000 orang tersebut dan berjanji akan membantu kesemua masyarakat india tersebut. Saudara Murugessan juga membidas bahawa amaun yang didakwa oleh Surendran tidak masuk akal dan hanya bergimik politik.

“Takut” kerana terlanjur cakap, pada hari ini Surendran membuat satu PC bersama Yb Subang Sivarasah untuk membuktikan bahawa memang benar adanya 300,000 masyarakat india dipinggirkan daripada mendapat Surat Beranak / Kad Pengenalan.

Persoalan Saya, APAKAH BENAR ADANYA 300,000 MAKLUMAT MASYARAKAT INDIA SEPERTI YANG SUREN DAKWA? KALAU ADA, TUNJUKKAN IA KEPADA SEMUA DAN SALURKAN IA KE SALURAN BETUL UNTUK MENOLONG MEREKA! KALAU TIADA MINTA MAAF!

 

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Mahasiswa Berkhemah, Pembangkang Berumah!

By , April 21, 2012 4:24 pm

Sudah hampir seminggu (segolongan) mahasiswa bertapak di Dataran Merdeka bagi mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman PTPTN sepenuhnya. Walaupun ia dibayangi oleh pemimpin pembangkang, Adam Adli masih menafikan pengelibatan pembangkang dalam DEMO BERKHEMAH PTPTN tersebut. Ingin saya tanyakan kepada semua Mahasiswa yang sanggup berkhemah di dataran Merdeka. Dimanakah penghasut atau pemimpin pembangkang anda sewaktu anda tidur dalam khemah? Pernahkah anda terfikir? Sebenarnya pemimpin / penghasut anda nyenyak tidur dirumahnya.

Rumah Dato Sri Anwar Ibrahim, Datin Wan Azizah, dan YB Nurul Izzah. Sungguh selesa!!

Anda pula? tidur berbumbungkan khemah? tidur lena? tanpa gangguan nyamuk? inikah objektif atau harapan Ibubapa anda? melihat anaknya “diperkudakan” untuk kepentingan politk pembangkang? Fikirkan!

Ingin saya tanya lagi, YB Tian Chua dan YB Nurul Izzah Sangguh turun melawat mahasiswa yang berkhemah sejak seminggu lalu, adakah mereka sanggup bermalam bersama mahasiswa tersebut?.Kata sokong kepada demo tersebut tapi orang yang menghasutnya tidak mahu turut berkhemah dengan mahasiswanya? Kenapa?

Apakah hanya YB YB yang menghasut itu mempunyai keluarga untuk dijaga selepas waktu berkhidmat dan Mahasiswa – Mahasiswa yang berkhemah itu bagaikan “anjing liaran” dimata pemimpin pembangkang?

psssttt : Anda adalah MAHASISWA bukanya MAHA SISA! Fikir demi masa depan anda! Ingat pada ibu dan bapa dirumah!

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Panorama Theme by ShiZone | Provided by WordPress Themes