Bagi sesiapa yang membeli akhbar NST minggu lepas mungkin terbaca berita Chinnamah dimana permohonan BR1M atau Bantuan Rakyat Satu Malaysia ditolak oleh Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana tedapat maklumat yang salah diisi oleh pemimpin kawasan tempat tinggalnya bagi pihaknya.
Harapan atau hasrat Chinnamah yang telah membuat perancangan untuk menggunakan wang tersebut hancur berkecai apabila mendapat surat dari pihak LHDN yang mengatakan beliau tidak layak untuk mendapat bantuan. Oleh kerana tidak puas hati dengan apa yang berlaku, Adik Chinnamah telah menulis surat kepada pihak NST menerangkan kisah yang dialami oleh kakaknya.
Berita itu telah menarik perhatian MP Hulu Selangor, YB P.Kamalanathan yang turun membantu menyelesaikan masalah yang dialami oleh Chinnamah. Namun sudah terlambat untuk membuat rayuan bagi kes Chinnamah. Bagi membantu Chinnamah, MP Hulu Selangor telah mengeluarkan “Wang Poket sendiri” bagi memberi bantuan sebagai BR1m kepada Chinnamah. Isu tersebut selesai dalam masa 2 hari. Inilah satu ciri – ciri pemimpin yang berjiwa rakyat dan Winnable candidate yang dicari – cari oleh Kepimpinan Dato Seri Najib Razak.
(klik untuk besarkan)
Syabas dah Tahniah saya ucapkan kepada YB P.Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor kerana pantas menyelesaian masalah yang dialami oleh rakyat di kawasan parlimen beliau!
N.Surendran , Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat sekali lagi dikantoikan oleh pihak MIC akan tuduhanya tidak berasasnya. Dalam tuduhan terbaru Saudara Surendran mengatakan seorang pelajar SPM 2012 diberhentikan sekolah kerana tidak mempunyai Kad Pengenalan biru dan pelajar itu tidak boleh mengambil peperiksaan SPM tahun ini. Pelajar yang bernama B. Reshina menjadi isu apabila MIC mencabar Surendran yang menuduh terdapat lebih 300,000 kes masyarakat india yang tidak mempunyai pengenalan diri yang tidak diselesaikan oleh MIC menerusi program MyDaftar.
Berbalik kepada tuduh N.Surendran yang mengatakan pelajar tersebut tidak boleh mengambil SPM 2012 dengan menggunakan Kad Pengenalan merah. ShiZone akan bongkarkan penipuan dan kekelentongan dari Parti Keadilan Rakyat tersebut.
lihat printscreen ini.
*sumber printscreen ini diperoleh dari laman web Lembaga Pelajaran Malaysia
Ini adalah sistem pendaftaran online bagi pelajar SPM dan dipercayai calon bernama Reshina itu boleh menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 dengan menggunakan IC merahnya. Tiada mempunyai sebarang masalah dan ia buktikan lagi dengan kenyataan akhbar dilama Pelajar tersebut boleh menduduki Peperiksaan tersebut. Cuba fikirkan bagaimana pelajar tersebut menduduki Peperiksaan UPSR dan PMR dengan menggunakan Kad Pengenalan Merah tersebut? Jika kedua – dua peperiksaan itu boleh diduduki tanpa sebarang masalah, saya percaya untuk menduduki peperiksaan SPM tidak mustahil juga.
Tuduhan liar dari parti pembangkang sememangnya tidak berasas. Jika saya dan ramai lagi masyarakat India termasuk pemimpin india pembangkang boleh mendapat Kad Pengenalan biru tanpa sebarang masalah mungkin terdapat masalah serius dalam keluarga Reshina dimana ia menjadi kekangan kepada beliau untuk mendapatkan Kad Pengenalan Biru.
Cuba cari dimana kesalahannya dan betulkan ia, tampilkan kedua – dua ibubapa pelajar tersebut dengan maklumat pengenalan diri yang sahih dan juga sijil perkhawinan mereka berserta surat beranak pelajar tersebut yang membuktikan bahawa Reshina benar – benar lahir kepada mereka.Ini cukup untuk membolehkan pelajar tersebut untuk mendapatkan kad pengenalan biru. Tetapi adakah pihak pembangkang sudi bercakap benar? Sebab JPN tidak akan menolak sebarang permohonan sewenang – wenangnya tanpa sebab.
Marilah kita bersatu untuk menyelamatkan nyawa si kecil ini yang diculik pagi tadi. maklumat yang saya terima ialah “Early this morning, 27 April, Nayati Shamelin Moodliar was abducted a short distance from the Mont’Kiara International School. A police report has been filed, but his whereabouts are still unknown. Please, if you have see this child please call the Malyasian Police at 999, or the school at 0320938604. Please share. “ Ayuh mari membantu si kecil ini melalui rakancop!
Macam percaya dan atau tidak apabila ShiZone menerima satu email dari pihak yang tidak dikenali. Ini kerana satu file zip telah dimuatnaik dan dihantar bersama email tersebut sememangnya menakutkan ShiZone. Takut – takut kalau ada BOT/SPAM yang hantar virus melalui email. Namun dalam hati terasa untuk memadamkan email tersebut tapi akal memaksa saya untuk memeriksa kandungan email tersebut dengan bantuan Antivirus yang kira kuat juga.
Alangkah terkejutnya saya apabila file zip itu mengandungi gambar boucher Rm1000 yang bakal akan dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor tidak lama lagi. Saya pasti boucher yang diberi atas nama “SKIM KESEJAHTERAAN RAKYAT SELANGOR” itu adalah semata – mata menandingi “BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA” yang diagihkan oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Belanjawan 2012.
Saya mempercayai mungkin boucher ini akan diedarkan atas nama “Skim Kesejahteraan Rakyat Selangor” supaya ia boleh dilaksanakan tanpa sebarang masalah. Bila terlihat pada gambar ini, saya terkejut tapi berasa gembira kerana “Bantuan Rakyat 1 Malaysia” telah menyebabkan Pemimpin Pakatan Rakyat “CIRIT-BIRIT” sehinggakan BR1M menjadi satu ancaman masa depan politik mereka. AKAN TETAPI TAK FITNAH MAKA IA BUKAN PEMBANGKANG,Boucher itu dijadikan PUSAT IKLAN pakatan untuk MENCUCI MINDA rakyat selangor untuk terus menyokong Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. JOM KITA KAJI
Logo SelangorKU telah diletak bagi mengantikan Logo SATU MALAYSIA yang ditakuti oleh Kerajaan Negeri Selangor manakala logo ketiga – tiga Parti Politik Pakatan Rakyat. Juga diletaknya slogan “Putrajaya, Anda mampu mengubahnya” menunjukkan betapa desaknya mereka untuk menawan Pusat Pentadbiran Persekutuan.
Bantuan Rakyat Satu Malaysia telah dikritik oleh pihak pembangkang sendiri sebagai DUIT SOGOKAN kepada rakyat untuk memenangi Pilihanraya Umum ke-13 tetapi kini mereka terpaksa menggunakan teknik yang sama atas nama KESEJAHTERAAN RAKYAT menawarkan duit LEBIH dari BR1M yang dipercayai terang – terang untuk membeli undi. Sekarang mahu cakap apa lagi? Temberang si gagap?
pssstttt : Lu cakap Barisan Nasional bagi bantuan itu ini adalah tindakan beli undi, lu boleh bagi sampai Rm1000.00 satu kali, negeri Selangor itu macam kaya kah? Duit sapa? Duit Cukai BAPAK you kah? Duit Sayalah!!!!!!!!!!!!!!! Bila BN tolong rasuah, apa lu mahu cakap sama lu punye idea?Lembu punya susu, sapi dapat nama!
Penulis pernah membawa isu ini beberapa bulan yang lepas dimana seorang wanita tua terpaksa membahayakan nyawanya dengan meminta sedekah semata mata untuk membeli barang keperluan rumah. Seorang pemuda india pula terpaksa menjual barang (bukan direct selling agent) bagi mencari mata pendapatan yang tidak seberapa banyak (LINK). TERKINI, seorang warga tua terpaksa meminta sedekah dalam keadaan traffik yang sesak! Semuanya berlaku di SELANGOR!
Saya tahu ada yang akan mula menuduh penulis menipu atau memanipulasi gambar. Untuk membuktikan tuduhan, penulis sempat mengambil video bagi membuktikan penyataan penulis.
Apakah ini nasib setiap penduduk Negeri Selangor dibawah pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat? Yang miskin terpaksa turun ke jalanraya untuk mengemis, tidak lama lagi mungkin golongan yang hidup secara middle class terpaksa berakhir seperti ini. Fikirkan anda mampu mengubahnya…
Psssttt : Kerajaan Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat hanya mementingkan kroni dalam curi pasir dan mengaut untung dengan kontrak sampah! Mari kita tolak Kerajaan Selangor, kembalikan ia kepada Barisan Nasional! #saveselangor! Ayuh!
Anda mempunyai maklumat yang ingin dikongsi bersama? Takut untuk membongkarkan kebenaran? Tidak Mahu berkongsi indentiti? Jangan takut salurkan maklumat anda kepada kami. Emailkan maklumat anda ke :