Posts tagged: Belanjawan 2012

BR1M ditolak, bantuan dari wang poket MP Hulu Selangor cc: @Pkamalanathan @Najibrazak

By , July 19, 2012 9:45 am

Bagi sesiapa yang membeli akhbar NST minggu lepas mungkin terbaca berita Chinnamah dimana permohonan BR1M atau Bantuan Rakyat Satu Malaysia ditolak oleh Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana tedapat maklumat yang salah diisi oleh pemimpin kawasan tempat tinggalnya bagi pihaknya.

Harapan atau hasrat Chinnamah yang telah membuat perancangan untuk menggunakan wang tersebut hancur berkecai apabila mendapat surat dari pihak LHDN yang mengatakan beliau tidak layak untuk mendapat bantuan. Oleh kerana tidak puas hati dengan apa yang berlaku, Adik Chinnamah telah menulis surat kepada pihak NST menerangkan kisah yang dialami oleh kakaknya.

Berita itu telah menarik perhatian MP Hulu Selangor, YB P.Kamalanathan yang turun membantu menyelesaikan masalah yang dialami oleh Chinnamah. Namun sudah terlambat untuk membuat rayuan bagi kes Chinnamah. Bagi membantu Chinnamah, MP Hulu Selangor telah mengeluarkan “Wang Poket sendiri” bagi memberi bantuan sebagai BR1m kepada Chinnamah. Isu tersebut selesai dalam masa 2 hari. Inilah satu ciri – ciri pemimpin yang berjiwa rakyat dan Winnable candidate yang dicari – cari oleh Kepimpinan Dato Seri Najib Razak.

(klik untuk besarkan)

Syabas dah Tahniah saya ucapkan kepada YB P.Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor kerana pantas menyelesaian masalah yang dialami oleh rakyat di kawasan parlimen beliau!

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (5) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

FMT minta maaf kepada LYNAS. MP Kuantan sembunyi!

By , July 19, 2012 8:45 am

Portal berita Free Malaysia Today, meminta maaf kepada pihak LYNAS akan berita palsu yang dimainkan atau dihebahkan sejak tahun lalu. Ini sekaligus membuktikan bahawa setiap tuduhan yang dilemparkan terhadap hadap LYNAS adalah FITNAH dan 100% berkepentingan politik.

Persoalan sekarang, Pihak akhbar Free Malaysia Today telah meminta maaf, MP Kuantan Fuziah bila nak tarik balik semua perkataan?

TERBUKTI FUZIAH PENIPU!

Wahai Pembangkang LYNAS adalah SELAMAT!

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (1) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

[GAMBAR] Pengalaman bersarapan dengan PM @NajibRazak

By , May 16, 2012 7:52 pm

Pada selasa 8 May 2012, saya mendapat satu DM (direct message) twitter dimana saya terkejut kerana DM terseut adalah dari pemimpin tertinggi negera iaitu dari Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak yang mengatakan saya terpilih untuk berjumpa dengan beliau pada hari sabtu 12 May. Perasaan gembira dan uja saya rasai apabila berpeluang untuk bertemu dengan Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak.

Setelah selesai menghantar segala maklumat saya ke alamat email yang diberi, saya teringat akan tweetup Dato Sri Najib terdahulu dimana lebih 100 rakan twitter dipanggil untuk sessi teh tarik bersama PM di Seri Perdana. Jadi saya terbayangkan kumpulan sebesar itu pada sabtu minggu akan datang. Namun sangkaan saya salah apabila pegawai dari Team 1 Malaysia menghubungi saya untuk bertanya lebih lanjut mengenai maklumat peribadi, apa harapan saya dan sebagainya. Sewaktu mengakhiri perbualan telefon tersebut saya bertanya berapa orang peserta yang akan hadir dan pegawai tersebut berkata hanya 10 orang sahaja! Saya tergamam! Dan saya diberitahu saya boleh membawa seorang tetamu bersama ,dengan pantas saya menamakan sahabat saya Dhanyaraam dari Pulau Pinang untuk menjadi tetamu bersama saya.

Hari yang dinanti – nantikan telah tiba, saya dan dhanyaraam telah sampai ke lokasi majlis yang bertempat di Chawan, Bangsar. Saya ditemuramah oleh skuad 1 Malaysia akan perasaan saya apabila terpilih untuk majlis tersebut. Saya dan Dhanyaraam dilayan baik oleh pihak penganjur. Sehingga ke saat itu saya tidak ketahui apa tujuan majlis sarapan tersebut dan saya difahamkan salah seorang pegawai mengatakan program tersebut bersarapan bersama PM itu dianjurkan untuk menghargai ‘follower’ twitter Dato Sri Najib yang ke 500,000. Saya bertanya lagi dan menerangkan saya bukan follower Dato Sri yang ke 500k, Bagaimana saya boleh terpilih? Pegawaim tu memberitahu saya bahawa follower yang ke 500,000 adalah seorang pelajar sekolah tingkatan 3 dari Mont Kiara dan peserta lain termasuk saya dipilih secara rawak bagi memeriahkan lagi Majlis Bersarapan dengan PM atau lebih dikenali dengan #meetNAJIB. Saya antara empat yang terdiri daripada Anwar, En,Azhar,Marc yang terpilih dalam sessi bersarapan itu

Waktu menunjukan pukul 8.20 dan kami diberitahu bahwa PM akan tiba bila – bila masa. Kami berasa gementar tapi okay. Apabila kami ternampak rider pertama ( motosikal pengawal kereta PM) kami kecut, diikuti dengan rider kedua perasaan gementar bertambah, ketiga apabila ternampak Kenderaam Rasmi Perdana Menteri darah naik ke leher menandakan betapa gementarnya kami dan perasaan uja pada tahap yang maksimum. Ada juga yang hampir pengsan. Perdana Menteri disambut oleh Azhar dan Anwar mengiringi Dato Sri berjalan kearah kami. Secara rasmi majlis sarapan itu telah bermula dengan sesi jabat tangan antara kami juga sesi pengambaran dilakukan untuk seketika sebelum kami duduk.

20120516-213219.jpg

Beberapa soalan permulaan ditanya kepada Dato Sri antaranya bertanya khabar juga mengenai perhimpunan atau sambutan UMNO 66 tahun yang diadakan pada malam sebelumnya, Berapa jam beliau tidur sehari?, dan sebagainya. Apabila Dato Sri’ Najib memandang saya, soalan pertama yang saya ajukan ialah “Dato Sri, when is the date?” (tarikh pilihanraya). Beliau ketawa dan membalas “In what date you want it to be?” membuatkan yang lain termasuk saya tergelak, namun indikasi yang diberi oleh PM adalah ‘Very Soon’.

20120516-213353.jpg

Posisi tempat duduk kami diubah kali ini, saya dan Lim bergerak lebih rapat dan duduk di hadapan Perdana Menteri membuatkan kami berasa malu bercampur gementar. Tambahan pula, pihak media dan juga ahli UTK sentiasa memerhatikan gerak geri kami seluruh sesi sarapan tersebut.Banyak soalan kami ajukan, semuanya dijawab dengan poin yang boleh dikatakan tinggi kesahihanya (validity point). Antara isunya kami timbulkan ialah minimum gaji yang dijanjikan oleh Parti pembangkang iaitu RM4000.00 lebih tinggi dari Kerajaan Persekutuan umum baru – baru ini. Dengan lantas Dato Sri menjawab bahawa janji itu tidak praktikal kerana untuk menaikkan gaji minimum, kerajaan telah berdepan dengan pelbagai masalah dengan majikkan dimana kebanyakkannya termasuk beberapa syarikat terkemuka seperti S*** ****Y ingin menutup syarikatnya di Malaysia kerana ia membebankan mereka sebagai seorang majikkan. Kerajaan terpaksa menentukan tahap yang minimum dimana ia memuaskan pihak majikkan dan juga pihak pekerja. Banyak lagi yang kami kongsi dari hobi beliau, perasaan beliau sebagai seorang Perdana menteri dan apa pelan beliau untuk belia pada masa yang akan datang.

20120516-213505.jpg

Segala tuduhan yang dilempar keatas Dato’ Sri Najib Razak ternyata fitnah apabila beliau berinteraksi dengan kami sebagai seorang rakan tanpa mengambil kira sebarang jenis protokol! Ramai yang mengutuk Perdana Menteri Malaysia sombong, racist dan sebagainya adalah tidak benar dan lebih bersikap ‘katak dibawah tempung’ kerana mempercayai fitnah yang dihebahkan dan mereka tidak berniat untuk mendapatkan penjelasan! Kenapa saya katakan fitnah? Sebagai seorang manusia berakalkan 6 deria, kita boleh membaca perwatakan seseorang dalam masa 10 minit bagi mentaksir kelakuan mereka namun Perdana Menteri Malaysia ternyata lain dan agak simple! Beliau juga lebih kepada sikap cool dan bertolak ansur dalam segala hal. Bukti? Jika beliau bersikap seperti bekas pemimpin yang sudah bersara, ISA tidak akan dibubarkan dan saya pasti ramai yang menimbulkan kekecohan pasti sudah dihumban dalam bagi mengelakan sebarang ketegangan dalam negara. Namun setiap masalah yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ditempohi secara sabar oleh kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib Tun Abdul Razak.

20120516-213600.jpg

Majlis itu berakhir dalam masa satu setengah jam kerana beliau terpaksa bergerak ke Pekan, Pahang iaitu ke kawasan beliau. Namun dalam kesibukkan jadualnya beliau sanggup meluangkan beberapa minit lagi bersama kami untuk menandatangani beberapa kad sambutan hari ibu dan buku perjuangan beliau sebagai ‘Bapa Transformasi Malaysia’.

20120516-213739.jpg

Saya sempat menghadiahkan cenderahati berbentuk patung logo 1 Malaysia. Beliau terima cenderahati saya dengan rasa gembira dan berkata hadiah itu amat cantik dan beliau ingin memasangnya dalam kenderaan rasmi beliau.

20120516-213834.jpg

Beliau suka akan cenderahati yang saya mampu berikan sebagai seorang rakyat biasa tapi lagi kejutan diberikan oleh beliau dimana beliau menghadiahkan keempat – empat kami hadiah berupa Tablet PC ipad dan samsung 10.1. Majlis bersarapan itu berakhir pada 9.30 pagi.

20120516-213936.jpg

Kepercayaan saya kini lebih bertambah dan saya percaya semua yang duduk semeja dengan Dato’ Sri Najib pada hari itu yakin sepenuhnya akan kepimpinan beliau dalam memacu Malaysia kearah sebuah negara yang maju. Ini kerana beliau amat realistik,lebih bersikap futuristic dimana kepentingan dan taraf hidup rakyat didahulukan , pencapaian prestasi pentadbiran diutamakan. Kita sebagai seorang rakyat Malaysia haruslah berganding bahu membantu kepimpinan Dato’ Sri Najib tapi ia harus dimulakan dengan permuafakatan antara semua kaum, sikap tidak terpedaya dengan janji palsu dan akhir sekali sikap cinta pada negara dan bukan membawa masalah ke jalan raya!

Nasihat pada semua rakyat atau pembaca, anda mungkin mempercayai parti pakatan rakyat dan tidak menyukai parti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP dan semua parti komponen tetapi ingatlah Setiap UNDI kepada BARISAN NASIONAL adalah UNDI untuk KEPIMPINAN Dato Sri Najib Tun Abdul Razak dalam mentransformasi malaysia sebagai negara maju pada 2020 nanti!

Sekian,
shashi

JOM Layaaaaan video nie jaaaap

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (2) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

#Bersih 3.0 : Tapak politik pakatan dan jualan “FITNAH”!

By , April 30, 2012 8:41 pm

Maaf kerana lambat mengemaskini blog, seperti yang ShiZone janji akan kami bongkarkan semua tipu helah Pakatan Pembangkang yang mempergunakan BERSIH 3.0 sebagai tapak berpolitik. Tapi dalam posting ini agak menarik kerana ada juga yang menjadikan kawasan tersebut sebagai tapak jualan baju “fitnah“. Urusniaga ini berlaku dilorong Masjid India bagi mengelakkan dikesan oleh pihak DBKL pada hari bersih 3.0 dianjurkan.

Nie gambarnya!

Perhatikan secara dekat apa baju yang dijualnya untuk peserta demo.

Baju ABU dan Abolish PTPTN dijual semurah Rm10 ringgit bagi semu peserta bersih dan juga kepada anak muda yang lalu lalang kawasan tersebut. Orang sibuk demo orang pakatan nak cari makan pula dalam waktu waktu sebegini. dah orangnya pakatan macam mana lagi…..

Psssttt : Siapa nak tahu Modus Operandi Bersih 3.0? nantikan dalam posting yang akan datang!

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

TERKINI : PM @Najibrazak on THR Raaga 26th April 2012 – Part 1

By , April 26, 2012 12:38 pm

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini membuat kejutan apabila muncul dalam stesen radio Tamil swasta THR Raaga buat kali pertama dalam sejarah Malaysia. Tahniah dan Terima Kasih kepada PM Dato Seri Najib yang sanggup meluangkan masa di Stesen Radio bagi beramah mesra dengan Masyarakat India dan bukannya menyuruh rakyat untuk turun berdemo di jalanan!. Saya sempat membuat rakaman audio dan saya kongsikan Bahagian Pertama sessi Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dalam rancangan Kalakal Kaalai.

pssttt : Adalah yang mula menuduh PM bahawa ini adalah usaha terakhir untuk meraih undi masyarakat india walhal mereka – mereka yang menuduh itu tidak mengakui demo jalanan adalah sebenarnya cubaan meracuni fikiran rakyat

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Panorama Theme by ShiZone | Provided by WordPress Themes