Besok Pemuda MIC Selangor akan mengadakan perhimpunan Aman dihadapan Bangunan SUK selangor bagi memberi memorandum pemansuhan yuran UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR yang diurustadbir dan dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor. Apabila SMM yang dibayangi oleh pembangkang mengadakan demo di Dataran Merdeka bagi meminta pemansuhan yuran PTPTN, Kini giliran Kerajaan Negeri Selangor untuk melunaskan janji mereka untuk memberi pendidikan percuma kepada semua anak murid yang belajar di Universiti milik Kerajaan Negeri Selangor tersebut.

Jadi kami mengambil kesempatan untuk menjemput semua mahasiswa yang demo untuk memansuhkan PTPTN, Ayuh jom turun bersama- sama untuk mendapatkan pendidikan percuma kepada Mahasiswa UNISEL
DAP, Kaum India, Kebajikan, Lain - lain, Mahasiswa, MIC, News, Pakatan Rakyat, PAS, PDRM, PKR, Rakyat, Selangor
|
DAP, Kaum India, Lain-Lain, Mahasiswa, MIC, News, Pakatan rakyat, Parti Kelentong Rakyat, rakyat, Selangor
Akhirnya pecah tembelang Parti Pembangkang yang akan menaikkan Yuran Pengajian Di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Kedah. Isu ini tercetus akibat permintaan atau janji Parti Pembangkang yang akan memansuhkan YURAN PTPTN jika mereka dibri mandat untuk mentadbir tampok pimpinan negara.

Sungguh retorik apabila Kerajaan Pakatan yang janji melupuskan hutang pendidikan nasional tidak boleh menampung kos kolej kerajaan negeri sehingga yurannya terpaksa dinaikan!
Ayuh Tolak Pakatan Keluar!
Kebajikan, Lain - lain, Mahasiswa, News, NGO, Pakatan Rakyat, PAS, PRU13, Rakyat
|
DAP, Lain-Lain, Mahasiswa, News, Pakatan rakyat, Parti Kelentong Rakyat, PAS, PRU13, rakyat
Ungkapan diatas amat sesuai digunakan terhadap ibubapa yang sanggup “mengorbankan” anak mereka demi kepentingan parti politik khususnya parti pembangkang yang terlibat dalam demo bersih 3.0 baru – baru ini. Sudah menjadi lumrah prinsip parti pembangkang yang suka berbentengkan Wanita dan Kanak – Kanak dalam setiap isu. Kenapa saya katakan begitu? Baru – baru satu gambar menjadi hebahan dalam internet dimana seorang pelajar dipercayai dari sekolah rendah menjawab soalan latihannya dengan menggunakan “Bersih 3.0″.

Apakah ini tanggungjawab sebenar Ibubapa? membawa si kecil berdemo? Bukankah dia sepatutnya dirumah atau dijaga baik dari segi keperluannya. Bagi mereka yang merasa bangga akan Berih 3.0, perhatikan gambar seterusnya dan justifikasikan pendapat anda!

Kanak – kanak yang saya percaya pelajar sekolah rendah dibawa oleh ibubapa mereka untuk menyertai demo Bersih 3.0! Adakah anda setuju pengelibatan Pelajar sekolah rendah dalam Perhimpunan ini?

Bukankah ini satu kesalahan demonstrasi dimana pengelibatan kanak – kanak ditegah sama sekali? Apakah Suhakam buta atau terlepas pandang?

Perhatikan si kecil yang bersama ibunya. Apakah si kecil itu perlu berpanas untuk perhimpunan yang dia tak faham apa tujuannya? Patutlah mereka menulis cuaca amat panas sewaktu mereka menyertai perhimpunan bersih 3.0!
Kebanyakkan kanak – kanak yang hadir pada hari tersebut adalah anak kepada wakil – wakil ahli PAS yang menyertai perhimpunan tersebut. PAS sememangnya sudah terpesong arah dan selalu berbentengkan wanita dan kanak – kanak. Saya berharap pihak suhakam bertindak adil terhadap ibubapa yang hadir membawa kanak – Kanak menyertai demo tersebut!
psssttttt : Bayangkan si kecil terhidu gas pemedih mata yang terpaksa ditembak oleh FRU berikutan kekacauan yang dimulakan oleh pendemo? Fikirlah!
Bersih 2.0, Bersih3.0, DAP, Kebajikan, Lain - lain, News, NGO, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, PRU13, Rakyat, Selangor
|
BERSIH, Bersih 2.0, Bersih3.0, DAP, Lain-Lain, Pakatan rakyat, Parti Kelentong Rakyat, PAS, PRU13, rakyat, Selangor
Seperti yang dijangka Puak Bersih 3.0 telah menukar cerita dengan mengatakan Pihak Polis yang memulakan segala bentuk provokasi sehingga menyebabkan pertempuran antara perusuh bersih dengan Pihak Polis. Saya sempat merakamkan beberapa gambar yang membuktikan provokasi yang dilakukan oleh Puak Bersih terhadap Pihak Polis. Jadi ShiZone telah mengambil keputusan untuk menguploadkan kesemuanya dalam flickr.

Bersih 2.0, Bersih3.0, DAP, PKR, PRU13, Rakyat, Selangor
|
Bersih 2.0, DAP, Pakatan rakyat, Parti Kelentong Rakyat, rakyat, Selangor
N.Surendran , Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat sekali lagi dikantoikan oleh pihak MIC akan tuduhanya tidak berasasnya. Dalam tuduhan terbaru Saudara Surendran mengatakan seorang pelajar SPM 2012 diberhentikan sekolah kerana tidak mempunyai Kad Pengenalan biru dan pelajar itu tidak boleh mengambil peperiksaan SPM tahun ini. Pelajar yang bernama B. Reshina menjadi isu apabila MIC mencabar Surendran yang menuduh terdapat lebih 300,000 kes masyarakat india yang tidak mempunyai pengenalan diri yang tidak diselesaikan oleh MIC menerusi program MyDaftar.
Berbalik kepada tuduh N.Surendran yang mengatakan pelajar tersebut tidak boleh mengambil SPM 2012 dengan menggunakan Kad Pengenalan merah. ShiZone akan bongkarkan penipuan dan kekelentongan dari Parti Keadilan Rakyat tersebut.
lihat printscreen ini.

*sumber printscreen ini diperoleh dari laman web Lembaga Pelajaran Malaysia
Ini adalah sistem pendaftaran online bagi pelajar SPM dan dipercayai calon bernama Reshina itu boleh menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 dengan menggunakan IC merahnya. Tiada mempunyai sebarang masalah dan ia buktikan lagi dengan kenyataan akhbar dilama Pelajar tersebut boleh menduduki Peperiksaan tersebut. Cuba fikirkan bagaimana pelajar tersebut menduduki Peperiksaan UPSR dan PMR dengan menggunakan Kad Pengenalan Merah tersebut? Jika kedua – dua peperiksaan itu boleh diduduki tanpa sebarang masalah, saya percaya untuk menduduki peperiksaan SPM tidak mustahil juga.

Tuduhan liar dari parti pembangkang sememangnya tidak berasas. Jika saya dan ramai lagi masyarakat India termasuk pemimpin india pembangkang boleh mendapat Kad Pengenalan biru tanpa sebarang masalah mungkin terdapat masalah serius dalam keluarga Reshina dimana ia menjadi kekangan kepada beliau untuk mendapatkan Kad Pengenalan Biru.
Cuba cari dimana kesalahannya dan betulkan ia, tampilkan kedua – dua ibubapa pelajar tersebut dengan maklumat pengenalan diri yang sahih dan juga sijil perkhawinan mereka berserta surat beranak pelajar tersebut yang membuktikan bahawa Reshina benar – benar lahir kepada mereka. Ini cukup untuk membolehkan pelajar tersebut untuk mendapatkan kad pengenalan biru. Tetapi adakah pihak pembangkang sudi bercakap benar? Sebab JPN tidak akan menolak sebarang permohonan sewenang – wenangnya tanpa sebab.
Baca isu ini juga – Melayu tanpa identiti -> http://www.dhanyaraam.blogspot.com/2012/02/mesti-baca-bukti-melayu-tanpa-identiti.html
pssttttt : Masalah IC/BC kena berjumpa dengan Menteri Keselamatan dalam Negeri yang mengisukan atau Ketua Pengarah Pendaftaran bukannya ditempat lain.
Bantuan, Barisan Nasional, DAP, Kaum India, Kebajikan, MIC, News, NGO, Pakatan Rakyat, PAS, PDRM, PKR, PRU13, Rakyat, Selangor, SPM
|
Anuwar, bantuan, Bersih 2.0, Bersih3.0, DAP, Kaum India, Lain-Lain, MIC, News, Parti Kelentong Rakyat, PAS, PRU13, Selangor, SPM