Posts tagged: Hospital

PPUM – Kos rawatan tetap mahal

By , November 24, 2010 6:15 am

Segelintir pesakit keluh akan bayaran perubatan yang dikenakan di Hospital Swasta sangat mahal dan tidak munasabah. Mengikut petikkan dari akhbar berita harian, hutang perbelanjaan perubatan yang tinggi khususnya di kalangan pemegang kad kredit adalah berpunca daripada kos sara hidup yang semakin meningkat. LINK -> http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Cajrawatantidakmunasabah/Article

Hospital kerajaan pun apa kurangnya ! Sama mahal juga! Saya dapati memang benar keluhan pesakit – pesakit ini , kerana saya sendiri pernah berdepan dengan situasi itu, nasib baik keluarga saya ini bukanlah jenis yang papa kedana, dapat juga membayar bill perubatan ayah saya di PPUM PJ. Sewaktu ayah saya diwadkan di PPUM untuk paru – paru berair, saya dapati ramai pesakit adalah dikalangan yang tidak mampu bayar kos rawatan mereka walaupun Kos keseluruhan hanyalah beberapa ratus. Kesemua pesakit ini diminta rujuk kepada jabatan kebajikkan yang bertempat jauh dari wad untuk membincang dan menyelesaikan bantuan kewangan. Nama sahaja Jabatan kebajikkan tapi bantuan kebajikkan yang mereka hulurkan memang tidak mencukupi! Ceritanya begini, teman wad ayah saya adalah seorang pak cik yang kudung kaki kanan akibat penyakit kencing manis dan mempunyai block dijantung. Doktor telah menyarankan untuk membuat endocrine dan kosnya itu melibatkan Rm7000 di Hospital PPUM. Ya PPUM mengenakan bayaran Rm7000 untuk ujian tersebut walaupun ianya sebuah Hospital Kerajaan. Jadi doktor telah menyuruh isteri beliau untuk berjumpa dengan jabatan kebajikkan membincangkan tentang kos rawatan. Mak cik itu pun pergi berjumpa dengan pegawai kebajikkan malangnya pegawai itu memberitahu quota kebajikkan untuk hari itu telah habis dan memintanya datang pada hari keesokkan. Mak cik itu pun ulang alik sampai hari empat baru dapat bantuan dari pihak kebajikkan! WTF jabatan kebajikkan pun ada quota ahh? Malangnya pihak kebajikkan hanya mengurangkan kos ujian tersebut dari Rm7000 ke Rm5000, baki rm2000 perlu dibayar oleh mak cik untuk menjalankan ujian tersebut!

Mak cik itu buntu dan menangis disisi pak cik itu. Jadi pesakit lain yang diwad hadapan mereka, menyuruh mak cik itu balik ke kampung dan bawa bincang hal ini dengan ahli jawatankuasa masjid dan cuba dapatkan bantuan Rm2000 itu dari pihak masjid. Jadi Mak cik itu terpaksa tinggalkan pak cik yang sakit tenat semata mata untuk pulang ke kampung untuk menadah tangan bagi mendapatakan Rm2000 itu. Oleh itu Ujian Endocrine itu terpaksa ditunda selama 6 hari sehingga mak cik membayar Rm2000 tersebut. Bertapa susahnya mak cik yang berusing 64 tahun terpaksa bersusah payah pada usia tua itu.

Apakah ini dinamakan Hospital kerajaan yang objektifnya untuk membantu golongan miskin! Walaupun PPUM telah di semi – governmentkan kebajikkan rakyat perlu diambil kira tanpa mengikut quota!

Apabila Hospital kerajaan gagal membantu masyarakat miskin, dimana lagi rakyat perlu atau boleh menadah tangan meminta bantuan!

Apabila Hospital Kerajaan bersikap along, dan sanggup menunda penbedahan sampai bayaranya diselesaikan?

Saya mengesa agar Menteri Kesihatan untuk mengkaji balik kos rawatan bagi semua jenis penyakit dan bahagian pembayaran bill dan kos perubatan perlu diletakkan dibawah jabatan kebajikkan yang tidak mempunyai sebarang jenis quota!

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (1) Informasi (0) Patut Dibaca (0) Boring (0)

Panorama Theme by ShiZone | Provided by WordPress Themes