Bagi sesiapa yang membeli akhbar NST minggu lepas mungkin terbaca berita Chinnamah dimana permohonan BR1M atau Bantuan Rakyat Satu Malaysia ditolak oleh Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana tedapat maklumat yang salah diisi oleh pemimpin kawasan tempat tinggalnya bagi pihaknya.
Harapan atau hasrat Chinnamah yang telah membuat perancangan untuk menggunakan wang tersebut hancur berkecai apabila mendapat surat dari pihak LHDN yang mengatakan beliau tidak layak untuk mendapat bantuan. Oleh kerana tidak puas hati dengan apa yang berlaku, Adik Chinnamah telah menulis surat kepada pihak NST menerangkan kisah yang dialami oleh kakaknya.
Berita itu telah menarik perhatian MP Hulu Selangor, YB P.Kamalanathan yang turun membantu menyelesaikan masalah yang dialami oleh Chinnamah. Namun sudah terlambat untuk membuat rayuan bagi kes Chinnamah. Bagi membantu Chinnamah, MP Hulu Selangor telah mengeluarkan “Wang Poket sendiri” bagi memberi bantuan sebagai BR1m kepada Chinnamah. Isu tersebut selesai dalam masa 2 hari. Inilah satu ciri – ciri pemimpin yang berjiwa rakyat dan Winnable candidate yang dicari – cari oleh Kepimpinan Dato Seri Najib Razak.
(klik untuk besarkan)
Syabas dah Tahniah saya ucapkan kepada YB P.Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor kerana pantas menyelesaian masalah yang dialami oleh rakyat di kawasan parlimen beliau!
Makin lama makin lucu komedi YB Kubang kerian Salahuddin akan kenyataan beliau yang menyamakan Thaipusam dengan Demonstrasi Jalanan. Terbaru YB Salahuddin kata Ketua Pemuda MIC “Tidak Faham Bahasa” kerana YB beranggapan Ketua Pemuda MIC tidak memahami apa konteks debat beliau. Lihat cetakan skrin dibawah:
—— Cetakan Skrin dari Media Selangorku——
—-TAMAT—-
Persoalan saya? Apalah benar Pemuda MIC yang diterajui oleh Saudara T.Mohan dan Putera MIC oleh YB P.Kamalanathan tidak faham bahasa atau MP Kubang Kerian Yb Salahuddin yang sebenarnya tidak faham Bahasa Melayu?Kalau memang Saudara T.Mohan dan YB . Pkamalanathan yang tidak faham bahasa, Kenapa PARTI MIUP yang diterajui oleh Datuk Nalla dan Persatuan HINDU Malaysia atau pun Malaysian Hindu Sangam juga mengkritik kenyataan YB Salahuddin. Apakah Mereka juga tidak faham bahasa?
Cetakan Skirn : The Star
—-The Star—-
—-Tamat—-
Sekarang siapa yang tidak faham bahasa? Apakah YB salahuddin dari PAS tidak tahu maksud Demonstrasi Jalanan dengan Perarakan keagamaan? Saya lontarkan kembali satu soalan kepada YB Salahuddin, YB Salahuddin berani kutuk MIC tetapi kenapa tidak berbuat sama untuk kenyataan MALAYSIA HINDU SANGAM? TAKUT?
Psssstttt : DAH TAHU SALAH MINTA MAAF JELAH! MALU?
Maaf kerana lambat membawa isu ini, penulis sibuk dengan beberapa tugasan kerja tapi walau betapa lambat pun isu kenyataan YB Salahuddin dari Parti PAS kononnya dari parti komponen Pakatan Rakyat yang menyamakan Perayaan Thaipusam dengan Demonstrasi Jalanan.Perayaan Thaipusam adalah “demonstrasi jalanan hindu”?
Sebelum itu saksikan video yang tersebar di youtube akan kenyataan YB salahuddin yang mengaitkan Perayaan Thaipusam adalah salah satu contoh Demonstrasi yang boleh menarik pelancong? Biar betul YB?
Video :
Penulis mengkritik hujah YB Salahuddin yang saya boleh kata “buta agama lain” dengan menyamakan satu perayaan atau perarakan sembayang yang boleh disamakan dengan Demonstrasi Jalanan. Apakah YB SALAHuddin cuba maksudkan bahawa semua penganut hindu yang penyambut thaipusam adalah puak pelampau sama seperti BERSIH?
Untuk pengetahuan Yang Bahlul oppss Yang Berhormat, Perarakan dan Perayaan Thaipusam adalah ritual keagamaan dan perarakan kuil adalah dengan kebenaran atau permit yang diluluskan oleh pihak berkuasa.Jikalau pihak berkuasa membatalkan permit perarakan, maka pihak kuil tidak akan sekali – kali meneruskan perarakan tersebut. Apakah ini sama dengan Demonstrasi Jalanan Bersih? Walaupun permit tidak diluluskan dan Mahkhamah telah menolak permohonan berhimpun, puak pelampau Bersih tetap berdegil mahu berdemo di Jalanan. Sama dengan Thaipusam?
Saya bingung dan keliru namun apakah intipati sebenar kenyataan yang dikeluarkan oleh YB tersebut? Apabila Perayaan Thaipusam iaitu satu perayaan yang dirayakan oleh penganut beragama hindu untuk menunaikan nazar mereka kepada Dewa Muruga disamakan atau diadilkan dengan demonstrasi Bersih yang dianjurkan oleh Dato Ambiga tapi diketuai oleh Dato Sri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Anugerah Tuhan adalah sama. Apakah YB Salahuddin samakan Dewa Muruga dengan “Anugerah Tuhan” Anwar Ibrahim? Apakah itu maksud YB?
Ini bukan satu hal remeh-temeh yang boleh dilepaskan begitu sahaja, saya pohon Malaysian Indian Congress akan bersuara meminta penjelasan daripada kenyataan YB tersebut. Bukan sahaja MIC, malah penulis memohon agar semua parti Politik seperti Makkal Sakti, PPP, Gerakan, NGO seperti Hindu Sangam dan bangkit menentang kenyataan debat YB Salahuddin. sekurang – kurangnya tunjuklah anda masih hidup dan mengambil tindakan sewajarnya dengan kenyataan yang lebih menyelarkan keagamaan hindu.
pssstttt : Dengar kata beberapa pemimpin india akan membuat laporan polis terhadap Yb Salahuddin. Baguslah!
Kepimpinan pembangkang Pakatan Rakyat selalu mendakwa Kerajaan pimpinan Barisan Nasional dan MIC telah mengabaikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Malaysia. Bagi penulis kenyataan sebegini adalah bagi menyemarakkan semangat masyarakat india untuk lebih ANTI – KERAJAAN dan sebahagian daripada KEMPEN UBAH KERAJAAN PERSEKUTUKAN KEPADA PAKATAN RAKYAT.
Terbaru, Kerajaan Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat telah membina satu sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Selangor iaitu SJK(T) Midlands dengan satu dewan konvensyen yang pembinaannya dikatakan hampir mencapai Rm3 juta. Sampai ke hari ini, ia menjadi satu buah cakap dikalangan masyarakat india selangor.
Tahniah dan syabas saya ucapkan tapi……… Apakah Nasib Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang lain yang juga berada dikawasan Selangor? Kenapa hanya publisiti satu sekolah sahaja yang PR telah buat?
Seperti yang dijanjikan penulis poskan lampiran dokumen sulit tahun 2010 – 2011 dimana kos – kos peruntukan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan bagi pembinaan bangunan baru dan blok tambahan bagi semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Sila semak balik senarai peruntukan tadi, Sekolah yang menerima peruntukan terbanyak ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Ulu Tiram Johor dan bukannya SJKT Midlands yang dibangga – banggakan oleh Pakat Rakyat Selangor.
Tidak cukup dengan itu, tambahan sebanyak 100 juta lagi diperuntukan kepada semua sekolah SJKT (Senarai penerima 100juta itu pun penulis sudah ada). Kesemua peruntukan ini telah dikenalpasti oleh MIC dan peruntukan itu telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional. Bagi Pakatan Rakyat Selangor, apakah satu sekolah tamil yang dilengkapi dengan dewan konvensyen cukup? Sibuk riuh rendah satu kampong pasal Sekolah SJK(T) Midlands tapi sekolah lain diselangor diabaikan?
Psstttt : Apakah benar MIC dan Kerajaan Barisan Nasional abaikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil? Khalid umpan masyarakat Indian dengan satu sekolah yang dilengkapi dengan Dewan Konvensyen? Dengar kata orang konsesi dewan itu diberikan kepada orang pakatan juga?….. Nantikan……
Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan dengan kerjasama Pertubuhan Artis – Artis India Malaysia dan Persatuan belia Karismatik Malaysia telah melancarkan “konsert Jelajah BN Pilihan Saya” atau “BN My Choice” yang dijadualkan bermula bulan Jun ini. Lagu rasmi konsert telah pun dilancarkan bagi menghangatkan lagi semangat dan menyatupadukan sokong rakyat kepada Kerajaan pimpinan Barisan Nasional.
Jadual Konsert akan dimuat naik dalam masa terdekat. BN PILIHAN SAYA!
Anda mempunyai maklumat yang ingin dikongsi bersama? Takut untuk membongkarkan kebenaran? Tidak Mahu berkongsi indentiti? Jangan takut salurkan maklumat anda kepada kami. Emailkan maklumat anda ke :