Makin lama makin lucu komedi YB Kubang kerian Salahuddin akan kenyataan beliau yang menyamakan Thaipusam dengan Demonstrasi Jalanan. Terbaru YB Salahuddin kata Ketua Pemuda MIC “Tidak Faham Bahasa” kerana YB beranggapan Ketua Pemuda MIC tidak memahami apa konteks debat beliau. Lihat cetakan skrin dibawah:
—— Cetakan Skrin dari Media Selangorku——
—-TAMAT—-
Persoalan saya? Apalah benar Pemuda MIC yang diterajui oleh Saudara T.Mohan dan Putera MIC oleh YB P.Kamalanathan tidak faham bahasa atau MP Kubang Kerian Yb Salahuddin yang sebenarnya tidak faham Bahasa Melayu?Kalau memang Saudara T.Mohan dan YB . Pkamalanathan yang tidak faham bahasa, Kenapa PARTI MIUP yang diterajui oleh Datuk Nalla dan Persatuan HINDU Malaysia atau pun Malaysian Hindu Sangam juga mengkritik kenyataan YB Salahuddin. Apakah Mereka juga tidak faham bahasa?
Cetakan Skirn : The Star
—-The Star—-
—-Tamat—-
Sekarang siapa yang tidak faham bahasa? Apakah YB salahuddin dari PAS tidak tahu maksud Demonstrasi Jalanan dengan Perarakan keagamaan? Saya lontarkan kembali satu soalan kepada YB Salahuddin, YB Salahuddin berani kutuk MIC tetapi kenapa tidak berbuat sama untuk kenyataan MALAYSIA HINDU SANGAM? TAKUT?
Psssstttt : DAH TAHU SALAH MINTA MAAF JELAH! MALU?
Maaf kerana lambat membawa isu ini, penulis sibuk dengan beberapa tugasan kerja tapi walau betapa lambat pun isu kenyataan YB Salahuddin dari Parti PAS kononnya dari parti komponen Pakatan Rakyat yang menyamakan Perayaan Thaipusam dengan Demonstrasi Jalanan.Perayaan Thaipusam adalah “demonstrasi jalanan hindu”?
Sebelum itu saksikan video yang tersebar di youtube akan kenyataan YB salahuddin yang mengaitkan Perayaan Thaipusam adalah salah satu contoh Demonstrasi yang boleh menarik pelancong? Biar betul YB?
Video :
Penulis mengkritik hujah YB Salahuddin yang saya boleh kata “buta agama lain” dengan menyamakan satu perayaan atau perarakan sembayang yang boleh disamakan dengan Demonstrasi Jalanan. Apakah YB SALAHuddin cuba maksudkan bahawa semua penganut hindu yang penyambut thaipusam adalah puak pelampau sama seperti BERSIH?
Untuk pengetahuan Yang Bahlul oppss Yang Berhormat, Perarakan dan Perayaan Thaipusam adalah ritual keagamaan dan perarakan kuil adalah dengan kebenaran atau permit yang diluluskan oleh pihak berkuasa.Jikalau pihak berkuasa membatalkan permit perarakan, maka pihak kuil tidak akan sekali – kali meneruskan perarakan tersebut. Apakah ini sama dengan Demonstrasi Jalanan Bersih? Walaupun permit tidak diluluskan dan Mahkhamah telah menolak permohonan berhimpun, puak pelampau Bersih tetap berdegil mahu berdemo di Jalanan. Sama dengan Thaipusam?
Saya bingung dan keliru namun apakah intipati sebenar kenyataan yang dikeluarkan oleh YB tersebut? Apabila Perayaan Thaipusam iaitu satu perayaan yang dirayakan oleh penganut beragama hindu untuk menunaikan nazar mereka kepada Dewa Muruga disamakan atau diadilkan dengan demonstrasi Bersih yang dianjurkan oleh Dato Ambiga tapi diketuai oleh Dato Sri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Anugerah Tuhan adalah sama. Apakah YB Salahuddin samakan Dewa Muruga dengan “Anugerah Tuhan” Anwar Ibrahim? Apakah itu maksud YB?
Ini bukan satu hal remeh-temeh yang boleh dilepaskan begitu sahaja, saya pohon Malaysian Indian Congress akan bersuara meminta penjelasan daripada kenyataan YB tersebut. Bukan sahaja MIC, malah penulis memohon agar semua parti Politik seperti Makkal Sakti, PPP, Gerakan, NGO seperti Hindu Sangam dan bangkit menentang kenyataan debat YB Salahuddin. sekurang – kurangnya tunjuklah anda masih hidup dan mengambil tindakan sewajarnya dengan kenyataan yang lebih menyelarkan keagamaan hindu.
pssstttt : Dengar kata beberapa pemimpin india akan membuat laporan polis terhadap Yb Salahuddin. Baguslah!
Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan dengan kerjasama Pertubuhan Artis – Artis India Malaysia dan Persatuan belia Karismatik Malaysia telah melancarkan “konsert Jelajah BN Pilihan Saya” atau “BN My Choice” yang dijadualkan bermula bulan Jun ini. Lagu rasmi konsert telah pun dilancarkan bagi menghangatkan lagi semangat dan menyatupadukan sokong rakyat kepada Kerajaan pimpinan Barisan Nasional.
Jadual Konsert akan dimuat naik dalam masa terdekat. BN PILIHAN SAYA!
Besok Pemuda MIC Selangor akan mengadakan perhimpunan Aman dihadapan Bangunan SUK selangor bagi memberi memorandum pemansuhan yuran UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR yang diurustadbir dan dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor. Apabila SMM yang dibayangi oleh pembangkang mengadakan demo di Dataran Merdeka bagi meminta pemansuhan yuran PTPTN, Kini giliran Kerajaan Negeri Selangor untuk melunaskan janji mereka untuk memberi pendidikan percuma kepada semua anak murid yang belajar di Universiti milik Kerajaan Negeri Selangor tersebut.
Jadi kami mengambil kesempatan untuk menjemput semua mahasiswa yang demo untuk memansuhkan PTPTN, Ayuh jom turun bersama- sama untuk mendapatkan pendidikan percuma kepada Mahasiswa UNISEL
Akhirnya pecah tembelang Parti Pembangkang yang akan menaikkan Yuran Pengajian Di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Kedah. Isu ini tercetus akibat permintaan atau janji Parti Pembangkang yang akan memansuhkan YURAN PTPTN jika mereka dibri mandat untuk mentadbir tampok pimpinan negara.
Sungguh retorik apabila Kerajaan Pakatan yang janji melupuskan hutang pendidikan nasional tidak boleh menampung kos kolej kerajaan negeri sehingga yurannya terpaksa dinaikan!
Anda mempunyai maklumat yang ingin dikongsi bersama? Takut untuk membongkarkan kebenaran? Tidak Mahu berkongsi indentiti? Jangan takut salurkan maklumat anda kepada kami. Emailkan maklumat anda ke :