N.Surendran , Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat sekali lagi dikantoikan oleh pihak MIC akan tuduhanya tidak berasasnya. Dalam tuduhan terbaru Saudara Surendran mengatakan seorang pelajar SPM 2012 diberhentikan sekolah kerana tidak mempunyai Kad Pengenalan biru dan pelajar itu tidak boleh mengambil peperiksaan SPM tahun ini. Pelajar yang bernama B. Reshina menjadi isu apabila MIC mencabar Surendran yang menuduh terdapat lebih 300,000 kes masyarakat india yang tidak mempunyai pengenalan diri yang tidak diselesaikan oleh MIC menerusi program MyDaftar.
Berbalik kepada tuduh N.Surendran yang mengatakan pelajar tersebut tidak boleh mengambil SPM 2012 dengan menggunakan Kad Pengenalan merah. ShiZone akan bongkarkan penipuan dan kekelentongan dari Parti Keadilan Rakyat tersebut.
lihat printscreen ini.

*sumber printscreen ini diperoleh dari laman web Lembaga Pelajaran Malaysia
Ini adalah sistem pendaftaran online bagi pelajar SPM dan dipercayai calon bernama Reshina itu boleh menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 dengan menggunakan IC merahnya. Tiada mempunyai sebarang masalah dan ia buktikan lagi dengan kenyataan akhbar dilama Pelajar tersebut boleh menduduki Peperiksaan tersebut. Cuba fikirkan bagaimana pelajar tersebut menduduki Peperiksaan UPSR dan PMR dengan menggunakan Kad Pengenalan Merah tersebut? Jika kedua – dua peperiksaan itu boleh diduduki tanpa sebarang masalah, saya percaya untuk menduduki peperiksaan SPM tidak mustahil juga.

Tuduhan liar dari parti pembangkang sememangnya tidak berasas. Jika saya dan ramai lagi masyarakat India termasuk pemimpin india pembangkang boleh mendapat Kad Pengenalan biru tanpa sebarang masalah mungkin terdapat masalah serius dalam keluarga Reshina dimana ia menjadi kekangan kepada beliau untuk mendapatkan Kad Pengenalan Biru.
Cuba cari dimana kesalahannya dan betulkan ia, tampilkan kedua – dua ibubapa pelajar tersebut dengan maklumat pengenalan diri yang sahih dan juga sijil perkhawinan mereka berserta surat beranak pelajar tersebut yang membuktikan bahawa Reshina benar – benar lahir kepada mereka. Ini cukup untuk membolehkan pelajar tersebut untuk mendapatkan kad pengenalan biru. Tetapi adakah pihak pembangkang sudi bercakap benar? Sebab JPN tidak akan menolak sebarang permohonan sewenang – wenangnya tanpa sebab.
Baca isu ini juga – Melayu tanpa identiti -> http://www.dhanyaraam.blogspot.com/2012/02/mesti-baca-bukti-melayu-tanpa-identiti.html
pssttttt : Masalah IC/BC kena berjumpa dengan Menteri Keselamatan dalam Negeri yang mengisukan atau Ketua Pengarah Pendaftaran bukannya ditempat lain.
Bantuan, Barisan Nasional, DAP, Kaum India, Kebajikan, MIC, News, NGO, Pakatan Rakyat, PAS, PDRM, PKR, PRU13, Rakyat, Selangor, SPM
|
Anuwar, bantuan, Bersih 2.0, Bersih3.0, DAP, Kaum India, Lain-Lain, MIC, News, Parti Kelentong Rakyat, PAS, PRU13, Selangor, SPM
Ramai yang semakin muak dengan tindakan segolongan mahasiswa yang dipacu oleh sesetengah pemimpin pembangkang untuk menimbulkan rasa dengki dan tidak sayang pada negara melalui kuasa mahasiswa. Terbaru tindakan segolongan mahasiswa meminta PTPTN dilupuskan supaya peminjam atau bekas peminjam tidak dibebani oleh hutangan pelajaran mereka. Saya nak tanya sikit pada semua mahasiswa yang demo dan degil mahu mengadakan demonstrasi besar – besaran berkaitan dengan pelupusan hutang PTPTN, Apakah PTPTN itu satu paksaan atau tawaran yang dimohon oleh mahasiswa sendiri?

Nak sangat demokan, nah saya bagikan paparan dokumen senarai nama peminjam pendidikan yang dikeluarkan atau diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada september 2011(Terbaru)

lebih 273 pelajar telah diluluskan dimana ia melibatkan pinjaman hampir 6 juta. yelah ternyata ianya lebih murah jika dibandingkan dengan pinjaman PTPTN tapi hutang – tetap hutang, beban tetap beban. Kenapa mahasiswa yang hebat nak berdemo tidak bermula dengan yayasan negeri selangor? Apakah anda hanya mendapat arahan untuk berdemo untuk PTPTN yang dibawah pengawasan Kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh Kerajaan Barisan Nasional?

Lagipun perjanjian yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor lebih kurang sama dengan perjanjian PTPTN. So apa tunggu lagi, ada berani untuk berdemo depan bangunan SUK dan Yayasan Selangor?
Akan Bersambung……………….
pssssttttt : Sesetengah mahasiswa ingin menggunakan kesempatan ini untuk melupuskan hutang mereka tapi mereka lupa pemohonan yang buat perjanjian kepada PTPTN.
Bantuan, Barisan Nasional, Bersih 2.0, DAP, Gerakan, Lain - lain, Mahasiswa, News, Pakatan Rakyat, PAS, Selangor
|
Anuwar, Barisan Nasional, Bersih 2.0, DAP, Kaum India, Pakatan rakyat, Parti Kelentong Rakyat, PAS, PRU13, rakyat, Selangor, SPM
Via : Malaysiakini.com
Kementerian Pelajaran menafikan khabar angin bahawa calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 berkemungkinan perlu menduduki semula peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Dua yang dijalankan pada 23 Nov lalu.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud berkata berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, peperiksaan subjek itu sah dan calon-calon yang menduduki peperiksaan itu tidak perlu menduduki semula kertas tersebut.
“Saya ingin menegaskan di sini supaya ibu bapa dan terutamanya calon-calon peperiksaan supaya tidak mempercayai khabar angin yang tidak berasas ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Beliau meminta ibu bapa dan calon-calon peperiksaan supaya tidak risau atau bimbang kerana Kementerian Pelajaran sentiasa mengambil langkah-langkah untuk memastikan semua peperiksaan adalah sah serta memastikan kualiti atau standard peperiksaan berada pada tahap yang baik.
Abd Ghafar berkata sehingga hari ini, peperiksaan SPM yang bermula pada 23 Nov lalu dan berakhir pada 20 Dis depan berjalan baik dan lancar seperti yang telah dijadualkan.
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai peperiksaan SPM 2010 boleh dikemukakan kepada Bilik Gerakan SPM, Lembaga Peperiksaan Malaysia yang beroperasi setiap hari peperiksaan dari pukul 7 pagi hingga 6 petang atau menghubungi talian 03-8889 3551, 03-8889 3601 atau 03-2889 3520.