Putera MIC kebangsaan akan menganjurkan pertandingan chess untuk pelajar india bawah 12 tahun pada hari Ahad ini jam 8 pagi bertempat di CIAST,seksyen 19 Shah Alam. Pelajar boleh ditemani oleh ibubapa mereka dan boleh mendaftar selewat – lewatnya pukul 8 pagi hari Ahad. Sebarang pertanyaan boleh menelefon nombor yang tertera dalam banner. JOM join ramai – ramai!

20120518-211024.jpg

NO SPAMMERS

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Menarik (0) Berguna (0) Sedih (0) Boring (0)

Pada selasa 8 May 2012, saya mendapat satu DM (direct message) twitter dimana saya terkejut kerana DM terseut adalah dari pemimpin tertinggi negera iaitu dari Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak yang mengatakan saya terpilih untuk berjumpa dengan beliau pada hari sabtu 12 May. Perasaan gembira dan uja saya rasai apabila berpeluang untuk bertemu dengan Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak.

Setelah selesai menghantar segala maklumat saya ke alamat email yang diberi, saya teringat akan tweetup Dato Sri Najib terdahulu dimana lebih 100 rakan twitter dipanggil untuk sessi teh tarik bersama PM di Seri Perdana. Jadi saya terbayangkan kumpulan sebesar itu pada sabtu minggu akan datang. Namun sangkaan saya salah apabila pegawai dari Team 1 Malaysia menghubungi saya untuk bertanya lebih lanjut mengenai maklumat peribadi, apa harapan saya dan sebagainya. Sewaktu mengakhiri perbualan telefon tersebut saya bertanya berapa orang peserta yang akan hadir dan pegawai tersebut berkata hanya 10 orang sahaja! Saya tergamam! Dan saya diberitahu saya boleh membawa seorang tetamu bersama ,dengan pantas saya menamakan sahabat saya Dhanyaraam dari Pulau Pinang untuk menjadi tetamu bersama saya.

Hari yang dinanti – nantikan telah tiba, saya dan dhanyaraam telah sampai ke lokasi majlis yang bertempat di Chawan, Bangsar. Saya ditemuramah oleh skuad 1 Malaysia akan perasaan saya apabila terpilih untuk majlis tersebut. Saya dan Dhanyaraam dilayan baik oleh pihak penganjur. Sehingga ke saat itu saya tidak ketahui apa tujuan majlis sarapan tersebut dan saya difahamkan salah seorang pegawai mengatakan program tersebut bersarapan bersama PM itu dianjurkan untuk menghargai ‘follower’ twitter Dato Sri Najib yang ke 500,000. Saya bertanya lagi dan menerangkan saya bukan follower Dato Sri yang ke 500k, Bagaimana saya boleh terpilih? Pegawaim tu memberitahu saya bahawa follower yang ke 500,000 adalah seorang pelajar sekolah tingkatan 3 dari Mont Kiara dan peserta lain termasuk saya dipilih secara rawak bagi memeriahkan lagi Majlis Bersarapan dengan PM atau lebih dikenali dengan #meetNAJIB. Saya antara empat yang terdiri daripada Anwar, En,Azhar,Marc yang terpilih dalam sessi bersarapan itu

Waktu menunjukan pukul 8.20 dan kami diberitahu bahwa PM akan tiba bila – bila masa. Kami berasa gementar tapi okay. Apabila kami ternampak rider pertama ( motosikal pengawal kereta PM) kami kecut, diikuti dengan rider kedua perasaan gementar bertambah, ketiga apabila ternampak Kenderaam Rasmi Perdana Menteri darah naik ke leher menandakan betapa gementarnya kami dan perasaan uja pada tahap yang maksimum. Ada juga yang hampir pengsan. Perdana Menteri disambut oleh Azhar dan Anwar mengiringi Dato Sri berjalan kearah kami. Secara rasmi majlis sarapan itu telah bermula dengan sesi jabat tangan antara kami juga sesi pengambaran dilakukan untuk seketika sebelum kami duduk.

20120516-213219.jpg

Beberapa soalan permulaan ditanya kepada Dato Sri antaranya bertanya khabar juga mengenai perhimpunan atau sambutan UMNO 66 tahun yang diadakan pada malam sebelumnya, Berapa jam beliau tidur sehari?, dan sebagainya. Apabila Dato Sri’ Najib memandang saya, soalan pertama yang saya ajukan ialah “Dato Sri, when is the date?” (tarikh pilihanraya). Beliau ketawa dan membalas “In what date you want it to be?” membuatkan yang lain termasuk saya tergelak, namun indikasi yang diberi oleh PM adalah ‘Very Soon’.

20120516-213353.jpg

Posisi tempat duduk kami diubah kali ini, saya dan Lim bergerak lebih rapat dan duduk di hadapan Perdana Menteri membuatkan kami berasa malu bercampur gementar. Tambahan pula, pihak media dan juga ahli UTK sentiasa memerhatikan gerak geri kami seluruh sesi sarapan tersebut.Banyak soalan kami ajukan, semuanya dijawab dengan poin yang boleh dikatakan tinggi kesahihanya (validity point). Antara isunya kami timbulkan ialah minimum gaji yang dijanjikan oleh Parti pembangkang iaitu RM4000.00 lebih tinggi dari Kerajaan Persekutuan umum baru – baru ini. Dengan lantas Dato Sri menjawab bahawa janji itu tidak praktikal kerana untuk menaikkan gaji minimum, kerajaan telah berdepan dengan pelbagai masalah dengan majikkan dimana kebanyakkannya termasuk beberapa syarikat terkemuka seperti S*** ****Y ingin menutup syarikatnya di Malaysia kerana ia membebankan mereka sebagai seorang majikkan. Kerajaan terpaksa menentukan tahap yang minimum dimana ia memuaskan pihak majikkan dan juga pihak pekerja. Banyak lagi yang kami kongsi dari hobi beliau, perasaan beliau sebagai seorang Perdana menteri dan apa pelan beliau untuk belia pada masa yang akan datang.

20120516-213505.jpg

Segala tuduhan yang dilempar keatas Dato’ Sri Najib Razak ternyata fitnah apabila beliau berinteraksi dengan kami sebagai seorang rakan tanpa mengambil kira sebarang jenis protokol! Ramai yang mengutuk Perdana Menteri Malaysia sombong, racist dan sebagainya adalah tidak benar dan lebih bersikap ‘katak dibawah tempung’ kerana mempercayai fitnah yang dihebahkan dan mereka tidak berniat untuk mendapatkan penjelasan! Kenapa saya katakan fitnah? Sebagai seorang manusia berakalkan 6 deria, kita boleh membaca perwatakan seseorang dalam masa 10 minit bagi mentaksir kelakuan mereka namun Perdana Menteri Malaysia ternyata lain dan agak simple! Beliau juga lebih kepada sikap cool dan bertolak ansur dalam segala hal. Bukti? Jika beliau bersikap seperti bekas pemimpin yang sudah bersara, ISA tidak akan dibubarkan dan saya pasti ramai yang menimbulkan kekecohan pasti sudah dihumban dalam bagi mengelakan sebarang ketegangan dalam negara. Namun setiap masalah yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ditempohi secara sabar oleh kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib Tun Abdul Razak.

20120516-213600.jpg

Majlis itu berakhir dalam masa satu setengah jam kerana beliau terpaksa bergerak ke Pekan, Pahang iaitu ke kawasan beliau. Namun dalam kesibukkan jadualnya beliau sanggup meluangkan beberapa minit lagi bersama kami untuk menandatangani beberapa kad sambutan hari ibu dan buku perjuangan beliau sebagai ‘Bapa Transformasi Malaysia’.

20120516-213739.jpg

Saya sempat menghadiahkan cenderahati berbentuk patung logo 1 Malaysia. Beliau terima cenderahati saya dengan rasa gembira dan berkata hadiah itu amat cantik dan beliau ingin memasangnya dalam kenderaan rasmi beliau.

20120516-213834.jpg

Beliau suka akan cenderahati yang saya mampu berikan sebagai seorang rakyat biasa tapi lagi kejutan diberikan oleh beliau dimana beliau menghadiahkan keempat – empat kami hadiah berupa Tablet PC ipad dan samsung 10.1. Majlis bersarapan itu berakhir pada 9.30 pagi.

20120516-213936.jpg

Kepercayaan saya kini lebih bertambah dan saya percaya semua yang duduk semeja dengan Dato’ Sri Najib pada hari itu yakin sepenuhnya akan kepimpinan beliau dalam memacu Malaysia kearah sebuah negara yang maju. Ini kerana beliau amat realistik,lebih bersikap futuristic dimana kepentingan dan taraf hidup rakyat didahulukan , pencapaian prestasi pentadbiran diutamakan. Kita sebagai seorang rakyat Malaysia haruslah berganding bahu membantu kepimpinan Dato’ Sri Najib tapi ia harus dimulakan dengan permuafakatan antara semua kaum, sikap tidak terpedaya dengan janji palsu dan akhir sekali sikap cinta pada negara dan bukan membawa masalah ke jalan raya!

Nasihat pada semua rakyat atau pembaca, anda mungkin mempercayai parti pakatan rakyat dan tidak menyukai parti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP dan semua parti komponen tetapi ingatlah Setiap UNDI kepada BARISAN NASIONAL adalah UNDI untuk KEPIMPINAN Dato Sri Najib Tun Abdul Razak dalam mentransformasi malaysia sebagai negara maju pada 2020 nanti!

Sekian,
shashi

JOM Layaaaaan video nie jaaaap

NO SPAMMERS

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (2) Menarik (1) Berguna (0) Sedih (0) Boring (0)

@HariBelia2012 | Perkhemahan PINK VILLAGE #HariBelia2012

Archived in the category: Hari Belia 2012
Posted by Admin on 11 May 12 - Comments Off

Perkhemahan PINK VILLAGE

TARIKH :  23,24,25,26 DAN 27 MEI 2012

TEMPAT: PADANG PERKHEMAHAN PUTRAJAYA

PENGENALAN

PINK VILLAGE 2.. Perkhemahan kali ke 2 oleh Pergerakan Puteri UMNO Selangor. Perkhemahan Puteri UMNO Negeri Selangor yang di namakan “PINK VILLAGE”. Peserta terdiri dari Puteri UMNO di Bahagian Bahagian di dalam Negeri Selangor. Peserta akan disertai Puteri dari 22 bahagian di dalam Negeri Selangor. Peserta dikalangan kaum India dan Cina juga akan turut serta didalam Perkhemahan “PINK VILLAGE”. Perkhemahan selama 3 hari ini akan diisi dengan Program Program seperti Kebudayaan, Kesihatan, Sukan, Pendidikan dan Agama.

OBJEKTIF

1. Menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan untuk mencapai matlamat Himpunan Jutaan Belia.
2. Menyemai semangat setiakawan dan tolenrasi
3. Memupuk kerjasama dan persahabatan dari penglibatan pelbagai kaum.
4. Mengenal dan mempelajari budaya pelbagai kaum
5. Melahirkan Belia dan Beliawanis yang sihat, cergas, agresif dan ceria
6. Membantu dan menjadi sukarelawan dimasa masa memerlukan.
7. Mengenal pasti golongan Belia dan Beliawanis yang bersemangat tinggi dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi Pilihanraya.
8. Membina semangat dan berwawasan Belia dan Beliawanis

 

ATURCARA PROGRAM

PERKHEMAHAN

1. MAJLIS PERASMIAN

2. LAWATAN DARI VVIP KE TAPAK PERKHEMAHAN

3. PROGRAM AGAMA – Pertandingan Membaca Al Quran dll

4. PROGRAM SUKAN – Senam Tari , Marathon dll

5. PROGRAM KEBUDAYAAN – Malam Kebudayaan , Pertandingan Karaoke ,
Malan Unggun Api dll

MINI CARNIVAL

1. JUALAN MAKANAN BASAH

2. JUALAN MAKANAN KERING

3. PROGRAM KESIHATAN

4. TAPAK PAMERAN

5. BENGKEL KESIHATAN

6. KAUNTER SPR DAN KEAHLIAN PUTERI

JOM PERGI HARI BELIA 2012!

NO SPAMMERS

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Menarik (0) Berguna (0) Sedih (0) Boring (1)

Penduduk Dun Kota Anggerik naik angin dengan Bersih 3.0!

Posted by Admin on 10 May 12 - Comments Off

Isu sampah yang dianggap ‘remeh’ oleh sesetengah akhirnya bukanlah seremeh yang mereka fikirkan. Terbaru penduduk Shah Alam dari kawasan Kota Anggerik bertindak mengantungkan beberapa banner disekitar kawasan bagi menunjukkan sikap ketidak puas hatian mereka akan pembangkang yang menyuruh mereka menyokong Bersih 3.0 tapi kawasan perumahan mereka tetap kotor dan busuk disebabkan sampah yang tidak dipungut oleh kontraktor lantikan Kerajaan Negeri Selangor yang dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.

20120510-184032.jpg

Tak tahulah kemananya halatuju pakatan rakyat yang lebih menabur janji palsu,juga apa tohmahan yang akan dilempar terhadap Barisan Nasional setelah ‘mereka – mereka’ yang pro – pakatan lihat gambar ini. Terpulanglah kepada mereka.

NO SPAMMERS

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (0) Menarik (0) Berguna (0) Sedih (0) Boring (1)

@HariBelia2012 | Siapa nak tengok Konsert untuk “FREE”? Ayuh! #HariBelia2012

Archived in the category: Hari Belia 2012
Posted by Admin on 09 May 12 - Comments Off

Artis terkenal akan membuat persembahan pada Hari Belia Negara 2012 pada 27hb Mei jam 8.45 malam bertempat di Precint 4, Putrajaya.

Artis – Artisnya ialah :

1. Clash Of The Centuries
2. Wings
3. Search
4. Black & Meet Uncle Hussain
5. Azlan And The Typewriter
6. Kristal

Masuk Adalah Percuma.
 

Dibawakan khas oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.

NO SPAMMERS

Apa pendapat anda mengenai artikel ini?
Bagus (1) Menarik (0) Berguna (0) Sedih (0) Boring (1)