Satu poster Barisan Nasional yang memaparkan seorang warga emas yang berbangsa india makan dengan tangan kiri menjadi isu di media siber. Mereka mengatakan bahawa kaum india “dihina” sekali lagi dengan banner tersebut tetapi jika dilihat secara teliti, saya perasan bahawa kesalahan teknikal menjadi punca gambar itu tersalah makna. Ayuh kita kaji sedikit kesilapan yang berlaku.
Poster yang dimaksudkan oleh pihak pembangkang
Sebenarnya pereka banner itu “TERSALAH” rotate gambar menyebabkan salah faham ini timbul. Cuba lihat 2 perincian penting dalam gambar ini.
Perhatian Poket dan tangan kiri warga emas dalam gambar itu. Semenjak bila poket ada dibelah kanan baju? dan yang si pelakon sudah tentu sedar apabila disuruh makan dengan tangan kiri. Cuba lihat gambar yang penulis telah rotate-kan kepada keadaan yang sepatutnya.
Ini posisi sepatutnya. Kini tangannya dan poketnya berada di tempat yang betul.
Kesalahan yang kecil mengundang kesalahfahaman diantara kita semua. Nasihat saya kepada semua, janganlah benda yang remeh pun dijadikan isu, banyak lagi benda yang harus diberi perhatian, kesilapan memang akan berlaku. Biasalah manusia mana yang sempurna sepenuhnya. Kepada pereka banner dan poster tak kira kepada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Silalah teliti rekaan anda sebelum menghantarnya untuk cetakan. Minta orang lain untuk mengesahkan dulu. Mana tahu ada kesalahan kecil yang anda terlepas pandang.
Psstttt: Benda Kecil je, Nak tahu apa benda besar? Hari ini 200 orang india penyokong kuat anwar ibrahim di permatang pauh keluar parti.
Kesediaan pemimpin mengakui kesilapan dan memohon maaf daripada rakyat mampu mempamerkan keperibadian yang mulia dan tinggi sahsiahnya.
Bukan mudah untuk manusia, terutama individu atau kumpulan melakukan tindakan seperti itu, walaupun pada pandangan kasarnya begitu mudah. Hanya mereka yang berbudi pekerti mulia saja mampu mempraktikkannya.
Sebagai manusia, kita perlu menjauhkan diri daripada sifat riak, angkuh dan sombong semata-mata untuk menjaga imej, pangkat serta kedudukan. Individu yang bersifat mulia biasanya amat mudah memaafkan kesalahan orang lain.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Ada tiga perkara apabila dilakukan akan dilindungi Allah dalam peliharaan-Nya, ditaburi rahmat-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga iaitu apabila diberi ia berterima kasih, apabila berkuasa ia suka memaafkan dan apabila marah ia menahan diri. (Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban dari Ibnu Abbas)
Pada prinsipnya, manusia yang sedia meminta maaf dengan ikhlas dan secara terbuka walaupun menyedari kesalahan itu dilakukan orang lain dilihat memiliki akhlak yang mulia dan terpuji. Jika bukan kerana keimanan dan rasa tawaduk, sukar bagi manusia memohon maaf.
Mereka yang sanggup memohon maaf ialah orang yang memiliki kekayaan hati, manakala mereka yang sukar memohon maaf dikatakan memiliki kemiskinan hati.
Sebenarnya agak sukar untuk menggambarkan secara jelas maksud sebenar kekayaan dan kemiskinan hati. Seorang penyair Arab menulis mengenai gambaran itu. Katanya: �Kemiskinan sentiasa ada pada hati orang kaya dan kekayaan sentiasa ada pada hati orang miskin. Sejauh mana kebenarannya, hanya Allah yang mengetahui.
Sambungan : Link - http://www.mukmin.com.my/baca.php?title=Rendah%20Diri%20Mohon%20Maaf%20Tanda%20Miliki%20Kekayaan%20Hati&kategori=12&id=1935
BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.
112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.
Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.
Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.
Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.
Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.
BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.
Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.
Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.
Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.
1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.
Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.
Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.
Membina Lebuh raya Pan Borneo.
Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.
Sekolah satu sesi diperluaskan.
Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.
Transformasi sekolah vokasional.
4,000 anggota Polis setiap tahun.
Penggunaan SafeCam.
Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.
Video Zulkifli Noordin yang menghina agama hindu beberapa tahun lepas menjadi panas baru – baru ini. Syabas saya ucapkan kepada Zulkifli kerana sudi tampil ke depan untuk menerangkan benda sebenar kepada rakyat dan meminta maaf kepada masyarakat india khususnya yang beragama hindu. Zulkilfi juga berkata dia menjadi exstrimist disebabkan parti pakatan rakyat yang telah melatih dia untuk berfikirkan sebegitu.
Tetapi tahukah anda bahawa Azmin Ali pernah menengking beberapa pemimpin india dalam pakatan rakyat dengan perkataan “Pariah”. Kenapa itu tidak menjadi isu? Bukan itu sahaja, Ngah juga pernah memanggil Menteri Besar Perak sebagai Hitam Metalik. Apakah Pemimpin Pakatan Rakyat boleh memanggil sesuka hati dengan apa sahaja nama? yang saya hairan ada juga yang berdiam diri walaupun tahu apa yang dibuat oleh Azmin itu salah. Tak percaya tengok video ini.
Apakah Azmin ali dan pemimpin pakatan rakyat sebegini sesuai untuk mewakili suara semua rakyat malaysia? Jika meraka yang rasis ini diberi mandat lagi sekali untuk memacu rakyat, maka bersedia untuk menerima kutukan dan jolokan dengan pelbagai nama. Anda tidak penting, Undi anda lebih penting bagi mereka!
Maklumat yang penulis terima sebentar tadi , Kesemua pemimpin termasuk Ketua Menteri dan Menteri Besar dari negeri pimpinan Pakatan Pembangkang akan bermesyuarat di Ibupejabat PKR di Kuala lumpur sebelum mengumumkan pembubaran DUN masing – masing.
Mesyuarat itu juga dipercayai bagi membincangkan strategi terakhir bagi menghadapi Pilihanraya umum yang ke 13.
Pendapat penulis ,biarlah mereka hendak kemana pun, asalkan DUN mereka dibubarkan pada hari esok. Senang bagi SPR menentukan tarikh mesyuarat mereka sekaligus menetapkan tarikh pencalonan dan membuang undi.
Anda mempunyai maklumat yang ingin dikongsi bersama? Takut untuk membongkarkan kebenaran? Tidak Mahu berkongsi indentiti? Jangan takut salurkan maklumat anda kepada kami. Emailkan maklumat anda ke :